Wednesday, October 31, 2007

Misunderstood

Hemm .... why is it that I'm so easily misunderstood ???
Am I not speaking in simple English ??
or perfect Malay ???
Ke saya guna bahasa "Org Utan"
Oh I know ... must be bahasa org yg selalu pergi bertapa

I) Sir, I'm sorry if I sound overly passionate to you, definitely not trying to scare you here
the truth is my heart is as cold as ice & the only affection that I may have
are probably for those in need ....

II) My treasure, my children,
I wish I could grow old in front of you, let you see my wrinkles
my joints start aching & my white hairs beyond hiding
I wish I could see you having your own family
building your own lives
But as I had told my fren before ..... "I feel like I'm knocking on heaven's door"
and I'm racing against time

Thursday, October 25, 2007

May Be .....

Perhaps talking will make me glad ???
I'm beginning to think its best if I shut up !!!

Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cela diri mereka.
Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".Sabda baginda lagi;"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Lebih baik saya diam .... semoga Allah mengasihi saya

Anak-anakku, binalah kehidupan dan dunia yang lebih baik dan sempurna

My Apologies

Pagi tadi, mata tak celik lagi , telinga dah mendengar ...

"tidak masuk syurga barangsiapa yg memutuskan silratulrahim"

Alamak ... adakah saya dikira mahu memutuskan silratulrahim kerana bertindak ingin menjauhkan diri ???

Sesungguhnya, jelas sekali Allah tidak mengizinkan itu berlaku

Setiap kali saya ingin menjauhkan diri .... i'll get a reminder, samada dari email yg entah dari siapa (one of those forwarded emails fr strangers) , or in IMs fr a blogger fren who always sends out hadiths/verses fr the Qur'an in the forms of IMs & this morning, dalam ceramah di radio.

Thus ... my apologies ... to my life's treasure , saya tidak akan menjauhkan diri,
i'll still be in contact
insyaAllah.

Sorry ye ..... my apologies.

Of course ... saya tidak akan menghalang kalau kamu yang mahu menjauhkan diri ......

Saya tidak memaksa kamu menjadi sahabat saya.

Maafkan lah .......

Tuesday, October 23, 2007

Just ......

Perhaps it is better that no one reads so I could let it all out .........
Meluahkan segala apa yang ada ,
mencurahkan segala kecewa
yang mendengar suara hatiku cuma Tuhan
yang tahu tangisan kalbuku hanya Dia, tempat aku mengadu
maafkan aku tidak sekuat dulu
tidak secekal, seteguh masa lalu
kini dahanku telah rapuh ....

I know you're fed up with me ...... coz I couldn't pick myself up
Aku merasa sangat kehilangan ........
antara kita terlalu banyak perbezaan
jurang melintang semakin luas
dan kamu semakin menjauh ........

I know its difficult for you to understand ... coz our life situations are so different. I guess, I shouldn't expect you to.
Aku insaf lebih baik kita tidak bertemu
walaupun aku pernah mengharapkan itu berlaku
agar aku dapat mengucapkan terima kasih,
empat mata, bersemuka
tanpa kamu sedari kamu umpama bintang di malam yang gelita
bagiku kamu terlalu berharga

I will always remember & pray for you ...... with Allah's blessings & permission, Amin
Ya Allah yang Maha Mengetahui
apa yang berlaku atas izinMu bukan ???
terima kasih memberi aku permata, walaupun untuk seketika
bahagiakanlah permataku di dunia dan di syurga sana
aku tidak berkumpul bersama mereka
tidak juga bersama keluarga
terasa diri tidak layak didampingi
biarkan saja sendiri .......

Sunday, October 21, 2007

Raya - Porak Peranda, Rumah Besar vz Rumah Kecil

Cuti Raya yg panjang sepatutnya meriah berraya sakan
dapat ziarah semua sedara mara & rakan taulan
malangnya habis porak peranda segala rancangan
ada yang mengembirakan, ada yg buat aku terkilan

i) Yg mengembirakan ....
Buat pertama kali setelah 17 tahun berkahwin, tahun ni keluarga
Khalina menyertai sesi fotografi keluarga O' Ludin.
Maka lengkaplah tahun ni The Little Women of United Sentul Area ... (oops ..correction...kini dah jadik The Big Mammas of Sentul Area kerana masing-masing dah gemuk gedempol... except for sister no. 2) ...hehehe
Lepas sesi fotografi, barulah masing-masing balik ke rumah our respective MILs

ii) Yg buat terkilan ...
Sikit punya cantik rancangan nak singgah rumah Hamidah ...
lepas tu nak pergi rumah kawan suami
dalam perjalanan balik ke Sentul
Tapi pagi tu MIL minta suami bawa dia gi kedai. Hubby asked me if I wanted to follow & I said,"No" coz I wasn't ready. Since Ibu tak pergi Aisyah pun tak nak ikut.
So Hubby ajak anak-anak bujangnya. Dalam kalut menunggu si bujang dua org tu ....
MIL menghilangkan diri. Puaslah si anak mencari sampai masuk "hutan" kat belakang rumah
tapi tak jumpa. Then he said, "tunggu je la ... I pun dah fed up ni ..."
I thot that does NOT sound good .....
Tak lama kemudian ... err .. about 1 hr plus ... MIL muncul dgn barang-barangnya
Tak tahulah apa yg dibualkan si anak beranak .. yg saya tahu hubby suruh pack barang
"kita balik Sentul"
Mood berraya dah gone with the wind.
I sms Ieda beritahu tak dapat berraya kat rumah dia, rancangan dah tergendala.
Hemmm....
at least hubby dapat juga jumpa member dia masa gi berraya kat rumah Mahmud di Bandar
Damansara
saya ??? Tak de chan nak jumpa Ieda :-( ...... Waa !!!
Tak Achi !!!

Rumah Besar
*************
Sebenarnya tiap-tiap tahun peristiwa ni berulang.
Kalau ikutkan hati mmg saya tak nak jejakkan kaki dlm rumah besar tu tapi memandangkan berdosa memutuskan silratulrahim saya pergi juga ..
Masalahnya mmg kebanyakan tuan punya Rumah Besar yg saya pergi,
begitulah perangai mereka.
Maklum le kita bukan org elit, tidak seperti mereka
Rumah yg besar, bagi saya terasa sempit, sofa yg empuk terasa macam duduk atas duri
punya lah lapar sebab tak makan dari 9 pagi, pulak tu tengok makanan yg menyelerakan terhidang atas meja
tapi bila tgk muka Tuan Rumah tekak saya bagai tercekik, perut yg tadinya lapar terus jadik kenyang ... tak selera langsung nak makan.
Saya jamah sedikit mengenangkan tukang masak yg begitu ceria menyambut kami datang.
Tapi betul, lawa lagi Cekodok penyek drp air muka Tuan Rumah Besar tu ....

Rumah Kecil
************
Tuan Rumah Kecil ni pun serius juga air muka dia .... tapi walaupun air muka dia serius
tak pulak buat saya rasa bagai masuk "neraka dunia"
Sebenarnya semasa pergi rumah kecil ni, saya masih kenyang.
Kononnya, saje la nak menghormati Tuan Rumah ... jamah sikit je
Ha engkau ... walaupun lauk cuma Asam pedas, ikan goreng & sayur kacang tapi punya la
berselera sampai tak ingat kita makan kat rumah org
Masa nak balik, saya peluk & cium Mak Andak sampai dia jadik hiba,"datangla selalu Ina ..."
Suami yg dah nak keluar, datang balik pujuk Mak Andak sebab sebenarnya Andak ni mak sedara dia. Pertalian dia dgn saya cuma melalui perkahwinan saya dgn suami.
Tapi Rumah kecil Mak Andak terasa lapang, sofa yg kasar bagai duduk atas sofa yg paling empuk di dunia. Perut yg kenyang jadik lapar.
Lauk yg paling simple jadik paling menyelerakan
Dan pada Mak Andak, saya cuma boleh menjawab,"insyaAllah"

Kesimpulannya, Perkara yg paling saya benci di dunia ini :-
i) Org yg punya atau tinggal di Rumah Besar yg berasa dirinya terlebih besar dari org lain
sehingga layak membeza-bezakan org elit dgn yg bukan elit
ii) Org yg dapat pengetahuan sedikit terasa diri terlebih pandai dari org lain sehingga
layak membeza-bezakan org bijak dgn org yg tak bijak aka bodoh
iii) Org yg suka menuduh tanpa usul periksa
iv) Org yg suka "assume" tanpa usul periksa
v) Org yg buruk sangka

Aku berlindung diri kepadaMU Ya Allah, Jauhkanlah aku dari sifat-sifat yg aku benci itu ... Amin

Thursday, October 11, 2007

My Dedications ........

Spashly for my children :- I wanna Be somebody by Alarm Me
********************************************************
Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

###################################

Spashly for me ... ahaks :- Aku Tanpa CintaMu by Mirwana
****************************************************
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling dari pandanganMu yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
dari pandanganMu yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah .... ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

###########################################

Spashly for My frens :- Akrab Persahabatan by InTeam
***************************************************
Sesegar hijau daunan
begitulah kita diibaratkan
tiada siapa yang bisa memisahkan kita
antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
seteguh langit menongkah dunia
Kita mengharungi badai atas nama
kasih insan bersaudara

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah kita contohi Rasulullah
Dan para sahabat di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Tuesday, October 09, 2007

Pesan Rasulallah saw

Dalam menjalankan tugas/amanah yang diberikan kepada saya, saya telah menyemak beberapa Hadis Sahih, pesanan dari Rasulallah saw.
Antara yang sangat terkesan di hati adalah yang berikut :-

A i) Selalu memohon utk masuk Syurga
ii) Jangan sekali-kali memohon mati ...sekalipun rasa tersiksa, tidak sanggup menghadapi dugaan etc...etc... JANGAN minta mati !!!
Shahih Muslim Book 040, Number 6875:
Jabir reported: I heard Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying three days before his death: None of you should court death but only hoping good from Allah
iii) Jangan kata sanggup menerima hukuman, apalagi masuk neraka ... walaupun diri penuh dosa, JANGAN kata sanggup menerima hukuman atau masuk neraka !!!
Sunan Abu Daud Book 41, Number 4888:
Narrated Samurah ibn Jundub:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: Do not invoke Allah's curse, Allah's anger, or Hell.

Saya pernah juga sanggup dihukum tapi saya kata, "saya rela terima hukuman kerana sememangnya saya yg bersalah tapi ampunilah saya dan izinkanlah saya memasuki syurga kerana saya ingin melihat Rasulallah saw, bertemu dgn Siti Khadijah ra, Siti Aisyah ra , Siti Fatimah ra etc...etc...
Walaupun saya malu bertemu muka dgn mereka kerana dosa-dosa saya ... asal dapat melihat ... dari jauh pun tak apa.
tapi kalau boleh, izinkanlah saya masuk syurga dan bertemu mereka dengan wajah yang berseri .... Amin"
Now that is Ok la .... kan ..kan..kan..... I hope.

B) 'Anas said: The Messenger of Allah said: If one of you petitions then let him resolve the matter, and let him not say O' my 'ilãh if you will then grant me; for there is none that compels Him".
Reporters : 'Al-`Adawee said it was sound, and that it was reported by Al-Bukhãri, page 139 of volume 11 f Fath Al-Bãree; Muslim, page 6 of volume 17; and At-Tirmithi, page 470 of volume 9 of Tuhfah. At-Tirmithi said it was comely-sound.
In other words, its up to God whether He wants to give or not although we are allowed to beg in our du'as ..... like separuh nyawa punya merayu .... tapi adalah hak Allah samada DIA nak makbulkan atau tidak.
C) Satu lagi pesanan Rasulallah saw .. jangan menghina org atau menuduh seseorg itu kafir kerana jika tuduhan itu salah, Allah akan mengembalikan tuduhan/celaan itu kpd org yg menuduh/mencela
Allahualam.
Shahih Bukhari :Volume 8, Book 73, Number 71:
Narrated Abu Dhar:
That he heard the Prophet saying, "If somebody accuses another of Fusuq (by calling him 'Fasiq' i.e. a wicked person) or accuses him of Kufr, such an accusation will revert to him (i.e. the accuser) if his companion (the accused) is innocent."

D) Rasulallah saw had said, "if you love yr brother for Allah's sake, tell him ...."
Although he only mentioned brothers (he was speaking to his male companions), I'm sure this applies to all muslim brothers & sisters.
Sunan Abu Daud : Book 41, Number 5105:
Narrated Al-Miqdam ibn Ma'dikarib:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: When a man loves his brother, he should tell him that he loves him.
Err ... I'm not sure if I can do that.
Mampus kalau org salah faham !!!

More info : http : //www.quran.net




Monday, October 08, 2007

Rimas Syawal & Mungkinkah ???

Ramadhan semakin meninggalkan aku, sedih dan pilu
Syawal mula mendekat,
sebenarnya aku rimas dengan kerenah manusia, meluat

Ingin aku pergi jauh
jauh meninggalkan semua
berbahagialah mereka hendaknya ....

****************************************************
Ya Allah, janganlah menghukum dia
dia tidak bersalah, tidak pernah menyedari
aku yang salah terlalu mengasihi

Apakah mungkin aku mengasihi dari sini,
apakah mungkin ENGKAU merestui ???
aku tidak akan menganggu hidupnya, aku janji !!!

Andai aku KAU bawa pergi
ingin aku titipkan doa
tetaplah dia ENGKAU naungi,
dengan kasih sayangMU dan rahmat
bahagiakan hidupnya dunia akhirat ............

Saturday, October 06, 2007

Cinta - Mencintai

Ok ... firstly : if you have someone who love you like these, NEVER let him/her go .....
secondly : why don't we check ourselves, see if we do these to the person we say we love .....

Orang yang Mencintai kamu ........
******************************************
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu akan mengucapkan/mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
5] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
6] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya dengan kamu.
7] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
8] Jika kamu mengatakan kamu akan menghadapi ujian/temuduga, dia akan bertanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba, dia akan mengucapkan "Good Luck" (atau mengirim sms) untuk memberi semangat kepada kamu.
9] Jika dia mengetahui kamu tidak sehat, dia akan sentiasa bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.
10] Jika suatu saat kamu terpaksa berpindah ke daerah yang lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu, dan jauh di sudut hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.
11] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang.
12] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
13] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
14] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
15] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih
16] Orang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan
kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Ok ... so how was it ???
Me ??? What would I do for the two most important men in my life ??? One gets 21/23 & the other gets 12/23 ...
Oh, it DOES NOT MATTER !!! coz I KNOW ... I don't mean anything to them. To them I'm a NOBODY

Tuesday, October 02, 2007

Rules of Moving On !!!

Rule 2 :- Never share your tears.
C'mmon, who wants to hear your soppy stories?
And people are wondering why Meg Ryan / Wilson Owen can make people laugh & smile while they have so much sadness inside them ??? Duh ???
Hello .... its because the world only wants to see the smile & laughter ... so Laugh !!! Smile !!!
Keep your tears to yourself !!!

Rule 3 :- Show your sense of humor ... it diverts you away from the pain. Plus, it keeps you sane
Rule 4 :- Treasure the moments you share with the people you love, even if its only for one minute coz it may never come again.
Once you've lost it, things will not be the same .........
BUT if you love a person demi Allah, it won't matter how he/she treats you, you'll still be there for him/her ...... becoz the most important thing would be to see him/her happy

YES !!! I am moving on ......

Saya mengaku pada Allah swt tentang hal itu ....
Saya cuba mengubah apa yg tersimpan dalam hati tapi saya tidak mampu melakukannya ...

Apabila saya cuba menghapuskannya, hati saya semakin gundah dan fikiran saya semakin bercelaru sehingga solat pun tak khusyuk.
Anehnya, hati saya lebih tenang setelah saya mengaku pada Allah swt.

Dan malam tadi, Allah menunjukkan pada saya bagaimana sesuatu yg saya anggap mustahil,
sebenarnya masih boleh berlaku bila Allah mengizinkannya.
Lalu saya bertaubat kepadaNYA kerana kesombongan saya,
kerana lupa bahawa Allah itu amat berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja

Saya perlu berserah pada DIA kerana DIA yg paling tahu .....
Aku tidak mahu melukakan hati sesiapa, Ya Allah
DAN aku sedar aku bukan siapa-siapa

Monday, October 01, 2007

Starting Over !!!

I wish I can erase the past and start over
I wish I can do that like I can delete this blog & start a new one.
Unfortunately .... thats not going to happen in life.
You can't erase the past and pretend things never happened.
So .... I'm just going to MOVE On ...... AND Don't Look Back
May THE PAST NEVER REPEAT itself ...
Err .... didn't someone say "history repeats itself " ???
Oh Dear .... Duh
OK lets just FORGET IT ALL (or pretend to forget it all) ... AND MOVE ON !!!
Wei .... how come me donkey is not moving ??? Mechanical Bull

I want one moment in time
when I'm more than i thot i could be
when all of my dreams are a heartbeat away
and the answers are all up to me
give me one moment in time
when I'm racing with destiny
there in that one moment of time
i will feel, i will feel i will be free (free of pain) Lava Lamp

Aku Mengaku PadaMu Ya Allah

Apabila Allah tidak mengizinkan, macammana pun usaha yang kita buat memang tidak akan
membuahkan hasil.
Sebaliknya, bila Allah mengizinkan, bagaimana pun cara orang menghalang, pasti ia berlaku juga.
Makanya, aku jadik tersenyum walau dalam hati Allah sahaja yang tahu.
Aku pasti apa yang berlaku ini telah tercatit di Luh Mahfudz.
Ini adalah perjalanan hidup aku
Hal ini telah ditetapkan oleh Allah swt akan berlaku pada aku.
Aku tidak akan dapat mengubahnya atau menghalangnya dari berlaku.
Apa lagi setelah aku berusaha keras agar ia tidak berlaku. Namun, ia berlaku juga.

Lebih baik mengaku aje pada Allah.....
Hati aku lebih tenang bila aku mengaku .. being true to my heart !!!
Dan aku boleh memohon ampun pada NYA & memohon petunjuk bagaimana harus aku perbuat .....
Yang penting Ya Allah, aku ingin berkumpul di akhirat bersama orang-orang yang Engkau muliakan
dan aku ingin bertemu dgn Rasulallah saw, bertemu Siti Khadijah ra, Siti Aisyah ra, Siti Fatimah ra dll.
Aku ingin bertemu Engkau, Ya Allah.
Aku ingin bertemu dengan Engkau & Rasulallah saw dengan wajah yg berseri dengan cahaya keimanan.
Walaupun aku tahu aku tidak layak ... tapi aku merasa ingin sesangat-sangatnya.

Semoga Allah swt menyayangiku & tidak membiarkan aku .. Amin.
Alangkah bahagianya kalau aku dapat bersama Rasulallah dan keluarganya.
Perasannya lah aku