
I'm beginning to think its best if I shut up !!!
Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cela diri mereka.
Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".Sabda baginda lagi;"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Lebih baik saya diam .... semoga Allah mengasihi saya
Anak-anakku, binalah kehidupan dan dunia yang lebih baik dan sempurna
No comments:
Post a Comment