Cuti Raya yg panjang sepatutnya meriah berraya sakan
dapat ziarah semua sedara mara & rakan taulan
malangnya habis porak peranda segala rancangan
ada yang mengembirakan, ada yg buat aku terkilan
i) Yg mengembirakan ....
Buat pertama kali setelah 17 tahun berkahwin, tahun ni keluarga
Khalina menyertai sesi fotografi keluarga O' Ludin.
Maka lengkaplah tahun ni The Little Women of United Sentul Area ... (oops ..correction...kini dah jadik The Big Mammas of Sentul Area kerana masing-masing dah gemuk gedempol... except for sister no. 2) ...hehehe
Lepas sesi fotografi, barulah masing-masing balik ke rumah our respective MILs
ii) Yg buat terkilan ...
Sikit punya cantik rancangan nak singgah rumah Hamidah ...
lepas tu nak pergi rumah kawan suami
dalam perjalanan balik ke Sentul
Tapi pagi tu MIL minta suami bawa dia gi kedai. Hubby asked me if I wanted to follow & I said,"No" coz I wasn't ready. Since Ibu tak pergi Aisyah pun tak nak ikut.
So Hubby ajak anak-anak bujangnya. Dalam kalut menunggu si bujang dua org tu ....
MIL menghilangkan diri. Puaslah si anak mencari sampai masuk "hutan" kat belakang rumah
tapi tak jumpa. Then he said, "tunggu je la ... I pun dah fed up ni ..."
I thot that does NOT sound good .....
Tak lama kemudian ... err .. about 1 hr plus ... MIL muncul dgn barang-barangnya
Tak tahulah apa yg dibualkan si anak beranak .. yg saya tahu hubby suruh pack barang
"kita balik Sentul"
Mood berraya dah gone with the wind.
I sms Ieda beritahu tak dapat berraya kat rumah dia, rancangan dah tergendala.
Hemmm....
at least hubby dapat juga jumpa member dia masa gi berraya kat rumah Mahmud di Bandar
Damansara
saya ??? Tak de chan nak jumpa Ieda :-( ...... Waa !!!
Tak Achi !!!
Rumah Besar
*************
Sebenarnya tiap-tiap tahun peristiwa ni berulang.
Kalau ikutkan hati mmg saya tak nak jejakkan kaki dlm rumah besar tu tapi memandangkan berdosa memutuskan silratulrahim saya pergi juga ..
Masalahnya mmg kebanyakan tuan punya Rumah Besar yg saya pergi,
begitulah perangai mereka.
Maklum le kita bukan org elit, tidak seperti mereka
Rumah yg besar, bagi saya terasa sempit, sofa yg empuk terasa macam duduk atas duri
punya lah lapar sebab tak makan dari 9 pagi, pulak tu tengok makanan yg menyelerakan terhidang atas meja
tapi bila tgk muka Tuan Rumah tekak saya bagai tercekik, perut yg tadinya lapar terus jadik kenyang ... tak selera langsung nak makan.
Saya jamah sedikit mengenangkan tukang masak yg begitu ceria menyambut kami datang.
Tapi betul, lawa lagi Cekodok penyek drp air muka Tuan Rumah Besar tu ....
Rumah Kecil
************
Tuan Rumah Kecil ni pun serius juga air muka dia .... tapi walaupun air muka dia serius
tak pulak buat saya rasa bagai masuk "neraka dunia"
Sebenarnya semasa pergi rumah kecil ni, saya masih kenyang.
Kononnya, saje la nak menghormati Tuan Rumah ... jamah sikit je
Ha engkau ... walaupun lauk cuma Asam pedas, ikan goreng & sayur kacang tapi punya la
berselera sampai tak ingat kita makan kat rumah org
Masa nak balik, saya peluk & cium Mak Andak sampai dia jadik hiba,"datangla selalu Ina ..."
Suami yg dah nak keluar, datang balik pujuk Mak Andak sebab sebenarnya Andak ni mak sedara dia. Pertalian dia dgn saya cuma melalui perkahwinan saya dgn suami.
Tapi Rumah kecil Mak Andak terasa lapang, sofa yg kasar bagai duduk atas sofa yg paling empuk di dunia. Perut yg kenyang jadik lapar.
Lauk yg paling simple jadik paling menyelerakan
Dan pada Mak Andak, saya cuma boleh menjawab,"insyaAllah"
Kesimpulannya, Perkara yg paling saya benci di dunia ini :-
i) Org yg punya atau tinggal di Rumah Besar yg berasa dirinya terlebih besar dari org lain
sehingga layak membeza-bezakan org elit dgn yg bukan elit
ii) Org yg dapat pengetahuan sedikit terasa diri terlebih pandai dari org lain sehingga
layak membeza-bezakan org bijak dgn org yg tak bijak aka bodoh
iii) Org yg suka menuduh tanpa usul periksa
iv) Org yg suka "assume" tanpa usul periksa
v) Org yg buruk sangka
Aku berlindung diri kepadaMU Ya Allah, Jauhkanlah aku dari sifat-sifat yg aku benci itu ... Amin
No comments:
Post a Comment