Wednesday, March 29, 2006

Kematangan

Ada seorang anak kecil di dalam nenek tua
kerna itu dia suka bermain dengan cucunya
dan suka juga bergurau senda

Ada seorang tua di dalam anak muda
kerna itu dia mahu bersuara
menyatakan pendapatnya
dalam ramah bertegur sapa

Walau situa kelihatan berlagak muda daripada usia
walau fikiran dan leteran orang muda seperti nenek tua
apa tidakkah matang kedua-duanya ???
kerna perilaku mereka membina jambatan antara dua generasi,
dengan rasa saling hormat menghormati.

Wahai pemerhati yang tidak mengerti
jangan hanya tahu mencaci
cubalah mengenali hati budi mereka
si nenek tua dan anak muda

Tuesday, March 28, 2006

Rukun Kehidupanku

Cinta pada ALLAH dan Rasul
Kasih pada keluarga dan sahabat
Sayang pada alam

Sukarnya mencapai pengabdian Rabiatul Adawiyah
tapi dalam rukun kehidupan saya, saya perlu berusaha mencapainya.

Going to School

I) Bila Good Mood :
Bangun pagi sendiri, mandi sendiri, bersiap pun sendiri.
"Abah...Ichah dah siap..."

II) Bila Bad Mood :
Bangun pagi kena kejut, ibu kena mandikan, ibu kena pakaikan baju.
"Nak ibu hantar ke Abah hantar??"
"Abah hantar "
Phew !!!

III) Bila Ngada-Ngada Mood :
Bangun pagi sendiri, mandi sambil nangis "Sejuk..sejuk..."
Ibu kena peluk sambil pakaikan baju..kena cium gak seribu kali.
"Jom..Abah hantar"

Namun begitu, walau apapun mood sebelum pergi ke sekolah tetap bersalam dgn ibu.
Dan waktu balik dari sekolah, peluk ibu macam seribu tahun tak jumpa.

Monday, March 27, 2006

Di mana ??

Kembali senyum mengukir
ceria riang ketawa
terdengar
di sana bergurau senda
Alhamdulillah

Di sini ku simpan memori
mencari-cari
di mana
wajah nan berseri
dengan senyuman meleret
ke manakah pergi nya???

Saturday, March 25, 2006

Strong Vs Stubborn

Years ago, a fren said to me, " You are a strong person, Ina"
and I told her, "I'm not that strong"
Recently, someone said the same thing to me and again I replied,"I'm not that strong"
Frankly speaking.......I'm not strong at all.
I'm just stubborn.
There is a difference between the two.
When you're strong, you have the energy, like when you're in a tug of war, if
you are strong, you would have the energy to tug and pull the rope.
Me..I'm just stubborn , meaning ... I might not have any energy left in me but I just won't give up. I won't let go of the rope.
Mungkin juga kerana saya tidak mahu mengaku kalah, apalagi ketika mengalami kegagalan dalam perjalanan hidup, saya tidak mahu berhenti mencuba dan terus mencuba.
Kata Abah, kalau boleh mengubah satu dalam seratus itupun sudah baik, maka salahkah
saya terus bertahan ???
Perhaps the tendency to see things differently made me what I am... stubborn woman me !!!
Also the reason why I got " Say What ??? " reactions from people. HeHeHe

Friday, March 24, 2006

Anak I dan II


Sejak tinggal di asrama, kedua-dua ini apabila ada peluang berjumpa, umpama belangkas.
Ada saja projek bersama.
Alhamdulillah, masih mahu minta izin ibu sebelum keluar rumah atau untuk buat projek mereka.
Juga masih mahu dipeluk dan dicium ibu walau di depan kawan-kawan.
Personaliti mereka yang bertentangan mungkin menjadi sebab mereka saling memerlukan.
Sulaiman lebih releks, menerima seadanya.
Ahmad Shuib suka persaingan dan kalau boleh, selalu ingin menjadi juara. Kalau tidak juara pun, mesti dalam kalangan yang terbaik.
Sulaiman suka memancing seperti Abahnya. Shuib lebih suka mengadap PC macam ibu.
Tapi Sulaiman selalu memendam rasa sedangkan Shuib panas baran.
Sulaiman pendendam, kata neneknya, org Mandailing memang begitu.
Shuib pemaaf, walaupun baran, marahnya sekejap, setelah dilepaskan marahnya dia lupakan saja peristiwa itu.
Kelemahan mereka ini, pendendam dan baran masing-masingnya, saya cuba didik agar dapat mereka atasi. Kerana sifat ini akan merosakkan amalan mereka sebagai mukmin.
Semoga ALLAH melindungi mereka agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Dan semoga mereka menyedari, saya amat menyayangi mereka walaupun mereka jauh dari
mata.

Thursday, March 23, 2006

Anak III dan IV


Saya jarang ceritakan hal mereka tapi itu tidak bermakna saya tidak bangga dgn mereka.
Pastinya saya bangga dan menyayangi mereka sebagaimana saya menyayangi anak-anak yg lain.
Mereka tidak banyak kerenah tapi boleh juga buat ibu marah waktu mereka menjadi seperti anjing dengan kucing.
Sekarang ini mereka, terutamanya Siti Hajar, merasa tekanan di sekolah kerana menjadi adik kepada Ahmad Shuib.
Abang mereka dikenali di kalangan guru-guru, termasuk Guru Besar. Oleh itu guru-guru juga mengharapkan yang terbaik dari mereka. Alhamdulillah seperti abangnya, Siti Hajar terpilih untuk mewakili zon Peramu bagi Pertandingan Hafazan.
Sebenarnya Siti Hajar seperti saya, suka membaca. Cuma pilihan bahan bacaan kami tidak sama. Sewaktu saya berusia 12 tahun , saya suka baca buku misteri; Secret Seven, Famous Five, Hardy Boys dll. Pilihan Hajar lebih kepada cerita remaja.
Sewaktu saya memasuki alam remaja, pilihan saya adalah buku-buku sastera milik kakak saya yg sulung; Saga, Ranjau Sepanjang Jalan, Sandera, Keluarga Gerila atau yg Inggeris, Little Women, Desiree, Eagle has Landed etc.
Siti Zahra pula mengikuti minat saya yang lain kerana dia suka melukis dan menulis.
Sebenarnya saya bukan sahaja melukis, tapi mengambarkan yang tersirat.
Pernah di zaman sekolah seorang teman mengantung sekeping kad Hari Raya di papan kenyataan bilik studi.
Gambar depan kad itu adalah gambar pemandangan waktu senja. Sekilas pandang memang cantik.
Tapikan....Yup..me & my big mouth.........suatu hari tatkala seorang rakan memuji gambar itu, saya katakan padanya, " Awak perhatikan betul-betul apa yang ada dalam cahaya senja itu ..."
"Ha ah lah, ada ....... "
Dan akhirnya, tiada seorang pun yg berani duduk di bilik studi pada waktu senja, apalagi kalau hari Khamis malam Jumaat sehingga lah kami menurunkan gambar itu.
HeHeHe......tak bermaksud utk menakutkan mereka, cuma menunjukkan apa yg tersembunyi.

Anak V


Sebetulnya akhir-akhir ini dia sering mencabar kesabaran saya.
Baru saja memulihkan semangat dan hatinya kembali jernih setelah mimpi ngeri dulu, eh eh ,
dia buat perangai pulak.
Macam-macam cara yang dia lakukan utk mendapat perhatian sedangkan kakak-kakaknya
juga perlukan perhatian ibu.
Lalu ibu jadik apa ya ???
Superwoman yang terlebih super sampai boleh tembus pintu!!!.
HeHeHe ........
Walau nakal ibu tetap tidak tega melihat Aisyah dirotan oleh Abahnya. Buat-buat tak nampak aje.. dan sewaktu menidorkannya tetap ibu pujuk agar Aisyah tidak buat kerenah lagi.
Juga akhir-akhir ini Aisyah mencari alasan utk tido dgn ibu. Sekalipun waktu malam dia tido
di katilnya sendiri tapi tetap juga menjelang fajar, huh??? .. sudah menyelit di sisi ibu.
Hemm....habis tu bagaimana lagi ni ??? Apa lagi yang tidak kena ???

Tuesday, March 21, 2006

Jauh

Jauh
sungguh jauh
terpisah
Jauh
semakin jauh
adakah menghilang ???

Jauh
terlalu jauh
buatku resah
Jauh
walaupun jauh
tetapku kenang

tidak luput dari ingatan
tiada henti ku doakan
Semoga diberi taufik dan hidayah,
sentiasa di bawah naungan ALLAH

Alien ???

Why is it that people like to assume and put words in my mouth ???
When I say something & people start assuming & then I had to go, "Hey..thats not what I said "
Why is it when I say one thing & people starts thinking I'm saying the other
& I'm like, " Hello....am I speaking Alien language here ?? "

Ok..Ok... Fine !!!
I'm not going to clarify it anymore.......
Suka hati mu !!!

"Count your blessings"
Ya... I've counted
"Bersyukur dengan apa yg ada "
Hemm.... saya tak bersyukur ye ???


BUT Life is not just about being romantic. There is more to life than that !!!
MAAF .... saya berbintang Virgo, lebih percaya kepada amalan seharian yg menuju kecemerlangan drp hadiah bunga mawar, coklat maupun aiskrim.
Err ... tapi saya boleh cair dengan puisi .... Ahaks ..ahaks...ahaks.... ROTFL








Nelly Furtado - Powerless (Say What You Want)


Provided by VideoCodes4U.com

Sunday, March 19, 2006

Satu Rahsia

Satu rahsia
ku simpan dalam hati
biarkan saja
tersimpan, ku bawa mati
Satu rahsia
hanya DIA yang mengetahui
kerna atas izinNYA, ia terjadi
aku mohon, biarlah tersimpan ku bawa pergi
dengan perlindungan dan restu dariMU illahi

Cukuplah KAMU saja yg tahu
tiada yang ku mahu kecuali satu
makbulkanlah doaku ini
walau nyawaku tiada lagi
kurniakan dia kebahagiaan dunia akhirat
izinkanlah aku melihat
saat dia melangkah kaki
berseri, memasuki syurga Firdausi

Letting Go

It is difficult to let go of something that you've always dream of ...
but it is wise to let go of your dream knowing that it will never come true ....
And ... I know I should let go of something that I've been wishing for because it will never ever happen.
Err... so NOT making sense , am I ???

Can't I just dream ... for one second of that 24 hours of a day , for every 365 1/4 days of a year ???

1 saat sahaja .... thats all I ask .... allow me to dream for just that short instant of my life each day for as long as I have left to live ..........
Please GOD ........ izinkanlah

Monday, March 13, 2006

Kabus

Kabus di ufuk timur
mengaburi mata
tersesat di perjalanan

Masih berdengkur ???
dibuai mimpi .... lena ???
apakah tidak belajar dari kesilapan ???

Kabus dingin
menusuk hingga ke tulang
sesuatu yang terlalu ku ingin
namun tak mungkin tangan mengapai bintang

Menyedari siapa diriku ini
menginsafi betapa kerdilnya aku di sisi
tidaklah harapanku menjulang tinggi
cukuplah sekadar memerhati
umpama melukut di tepi gantang

My Tears ... just MINE !!! Posted by Picasa

Saturday, March 11, 2006

Friday, March 10, 2006

Cemburu

Cemburu ???
entah kenapa merasa cemburu
lemas ........ merimaskan

Cemburu ???
buat apa merasa cemburu
aku tahu siapa diriku
hampas ...... tidak bermakna

It's 1.00 am

It's 1.00 am and I can't sleep
Tick Tock Tick Tock
There goes the clock
My head just would not stop
the pictures in my mind
keep playing over and over
the conversations in my brain
repeating again and again

It's 2.00 am now
and I still could not sleep
the sound of the crickets,
wind blowing through the trees
I wonder,
was it my wild imagination
another unwanted dream ???
GOD, ALLAH, Ya RABB ....
what is it this time ???

3.00 am.
Oh Well ..... might as well, get up & pray
And May ALLAH show me the way
There is more to life than worldly treasures
AND there is NOTHING worth living for
other than for the LOVE OF GOD, ALLAH, Rabbul'alamin

Thursday, March 09, 2006

Degupan Jantung

Terasa degupan jantungku
hilang ritmanya
serasa semakin singkat
waktu tersisa

Ingin segala terlaksana
ingin ku capai segala cita
sempatkah ???

Degupan jantung semakin kencang
semakin lari irama asal
semakin kuat pula semangat, bimbang
tak ingin hidup dalam sesal

Friday, March 03, 2006

My Art


My Artpiece :

Sumthing I drew a long time ago. I found it recently, hidden among other stuffs
Picture of a fish with a broken heart over it.
In one part of the heart is a burning flame
In the other, is a person rowing a boat, struggling against the stormy sea, either she makes it thru or she sinks to the bottom.

What it symbolises ???
Go figure it out ...... Ahaks