Wednesday, March 29, 2006

Kematangan

Ada seorang anak kecil di dalam nenek tua
kerna itu dia suka bermain dengan cucunya
dan suka juga bergurau senda

Ada seorang tua di dalam anak muda
kerna itu dia mahu bersuara
menyatakan pendapatnya
dalam ramah bertegur sapa

Walau situa kelihatan berlagak muda daripada usia
walau fikiran dan leteran orang muda seperti nenek tua
apa tidakkah matang kedua-duanya ???
kerna perilaku mereka membina jambatan antara dua generasi,
dengan rasa saling hormat menghormati.

Wahai pemerhati yang tidak mengerti
jangan hanya tahu mencaci
cubalah mengenali hati budi mereka
si nenek tua dan anak muda

No comments: