Friday, March 24, 2006

Anak I dan II


Sejak tinggal di asrama, kedua-dua ini apabila ada peluang berjumpa, umpama belangkas.
Ada saja projek bersama.
Alhamdulillah, masih mahu minta izin ibu sebelum keluar rumah atau untuk buat projek mereka.
Juga masih mahu dipeluk dan dicium ibu walau di depan kawan-kawan.
Personaliti mereka yang bertentangan mungkin menjadi sebab mereka saling memerlukan.
Sulaiman lebih releks, menerima seadanya.
Ahmad Shuib suka persaingan dan kalau boleh, selalu ingin menjadi juara. Kalau tidak juara pun, mesti dalam kalangan yang terbaik.
Sulaiman suka memancing seperti Abahnya. Shuib lebih suka mengadap PC macam ibu.
Tapi Sulaiman selalu memendam rasa sedangkan Shuib panas baran.
Sulaiman pendendam, kata neneknya, org Mandailing memang begitu.
Shuib pemaaf, walaupun baran, marahnya sekejap, setelah dilepaskan marahnya dia lupakan saja peristiwa itu.
Kelemahan mereka ini, pendendam dan baran masing-masingnya, saya cuba didik agar dapat mereka atasi. Kerana sifat ini akan merosakkan amalan mereka sebagai mukmin.
Semoga ALLAH melindungi mereka agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Dan semoga mereka menyedari, saya amat menyayangi mereka walaupun mereka jauh dari
mata.

1 comment:

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »