Sunday, March 19, 2006

Satu Rahsia

Satu rahsia
ku simpan dalam hati
biarkan saja
tersimpan, ku bawa mati
Satu rahsia
hanya DIA yang mengetahui
kerna atas izinNYA, ia terjadi
aku mohon, biarlah tersimpan ku bawa pergi
dengan perlindungan dan restu dariMU illahi

Cukuplah KAMU saja yg tahu
tiada yang ku mahu kecuali satu
makbulkanlah doaku ini
walau nyawaku tiada lagi
kurniakan dia kebahagiaan dunia akhirat
izinkanlah aku melihat
saat dia melangkah kaki
berseri, memasuki syurga Firdausi

No comments: