Monday, August 02, 2010

Perubahan

Manusia berubah bila dia semakin berusia .... Setuju??
Perubahan manusia kerana pengalamannya, kerana doa, hasil usaha dan bimbingan sesama manusia dan atas izin & anugerah Allah swt.
Dalam bermahassabah diri, saya dapati cara saya mengendalikan situasi dan masalah telah jauh berubah

19 tahun yg lalu : 2 orang pelajar nak bertumbuk .... cikgu masuk, berdiri di depan kelas : Awak nak saya buatkan gelanggang tengah padang, nak ??
Tahun lepas : Apabila 2 orang pelajar nak bertumbuk ketika cikgu masuk ke dlm kelas, cikgu menghampiri kedua-duanya : Awak pergi duduk sana, awak sini ....
"OK, awak(A) cakap kenapa awak nak tumbuk dia; awak (B) diam jangan menyampuk ... "
kemudian cikgu bagi B pulak bercakap sementara A diam .....
Cikgu : "OK, dah dengar dah kan? Salah faham je kan ??" ;
A & B : "Ya, cikgu" ; A: "Saya ingatkan dia nak ambik barang saya ...."
Cikgu : "Dah, salam ..... sebab tulah berdosa kalau kita berburuk sangka, tak pasal2 nak bertumbuk, padahal kawan kan??"

19 tahun yang lalu tindakan cikgu tidak memulihkan keadaan ... tahun lepas, tindakan dia menyebabkan 2 org pelajar yg hampir bertumbuk berbaik semula
Sebenarnya waktu cikgu berdiri dekat dgn mereka, cikgu pun takut juga .... kalau A tak tahan penumbuk dia, memang bedebuk kena kat cikgu .... lagipun bebudak tu lebih besar daripada cikgu mereka, kalau nak ikutkan memang mereka boleh melawan tapi atas izin Allah swt, mereka patuh pada arahan. But I really prefer memulihkan persahabatan daripada membiarkan ia terus renggang

Peristiwa itu mengajar saya untuk berani mengambil risiko untuk :
i) bersuara dan bertanya serta meminta penjelasan ... itu lebih baik daripada saya berpegang kepada andaian,
main agak-agak atau syak wasangka .... sebab itu saya lebih rela bertanya, "mengapa buat/cakap begitu?" daripada saya pendam & biarkan keraguan itu berlalu. Sesuatu yg saya pendam akan sentiasa muncul semula dlm kotak fikiran saya .... justeru itu lebih baik saya mengambil risiko, bertanya & dapatkan kepastian kerana setelah itu ia tidak lagi bermain dalam kepala .......

ii) meluahkan perasaan saya .... contohnya waktu saya beritahu Hamidah tentang kesedihan saya .... saya bukan cemburu atau dengki pada kamu Ieda .... saya cuma sedih sebab saya tahu keindahan persahabatan & keseronokkan bertemu mereka sebagaimana yang kamu alami tidak akan pernah saya alami. Lagipun saya sedar saya bukan seperti kamu .....

iii) bertambah kuat berpegang pada prinsip :"Hidup jangan menyusahkan orang"
Saya minta maaf kalau dulu saya selalu menyusahkan kamu semua dgn mengadu hal & bertanya itu & ini .....

Yang jelas saya tidak bermaksud hendak menyusahkan orang & tidak akan menyusahkan; kiranya kalau tersesat sorang2 kat SG, JB atau SA, saya lebih rela tidur kat masjid drp saya menganggu orang .... apatah lagi setelah membaca alkisah di UKS tu ... jelas2 tak semua org boleh terima tetamu yg tak diundang.

That said .... kalau you all tersesat kat Pekan, saya sudi terima kamu di sini .... if you don't mind rumah sempit teres setingkat 3 bilik, nak bermalam di sini pun boleh .......
Hari tu hubby offered my fren to sleep over, asyik berborak tgk2 jam dah dekat 12 mlm, An & famili tak kisah tapi sebab Kamil dah janji dgn adik dia terpaksa juga mereka bertolak ke Raub ...
Dah beberapa kali An dtg Pekan, entah bila pulak saya dapat ke Kg Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka ( masa zaman bujang itulah my refuge bila tension ngan Abah ngan Mak yg slalu ber'perang')
Minggu lepas jumpa teman sebilik masa di UKM, dia pulak menawarkan rumah dia kalau kami gi Kota Bharu .... insyaAllah kalau jadi Sulaiman ke Nilam Puri, kami akan ke sana, tak puas borak dgn Kif hari tu
Ieda, next time kalau you dtg Pekan ramai2 macam hari tu .... bolehlah kalau nak berehat lepak2 kat my house sebab my husband baru tambah ruang lepak kat depan ...... so no problemo

And double that said, you guys ... I still need your prayers .... itupun kalau kamu sudi mendoakan saya & ia tidak menyusahkan

Selamat Menyambut Ramadhan yang bakal tiba 11 Ogos 2010 nanti ........

No comments: