Sunday, February 10, 2008

Hikmah apakah di sebalik ini ???

Memang waktu nak balik KL pun saya dah tak sedap hati, rasa tak seronok je nak balik ....
Kalau nak ikutkan geramnya hati saya, mahu saya doakan biar rumah tu & tuan punyanya runtuh ditelan dek bumi
Tapi Allah & Rasulnya melarang kita mendoakan yang buruk ... maka kerana itu, saya menahan diri .....
Yang jelas saya semakin benci pada keadaan ini.
Dunia ini membosankan kerana adanya manusia sebegini & saya BENCI amat BENCI pada mereka :-
i) Orang yang membeza-bezakan layanan mengikut harta, rupa & status.
ii) Orang yang menuduh tanpa usul periksa
iii) Orang yang buruk sangka
iv) Orang yang terlampau tamakkan harta sampai sanggup menganiaya orang lain
v) Orang yang "gelap mata" kerana duit
vi) Orang yang "berkira" sampai hilang keikhlasan

Dan yang paling menyedihkan, ada orang yang makin tua makin teruk perangainya dalam hal yang tersebut di atas.
Hati saya begitu tawar ..... hilang rasa hormat dan lebih parah, hilang rasa ehsan saya terhadapnya.
Apapun, saya serahkan pada Allah ... sebenarnya saya tidak mahu hal-hal yang menganggu hubungan saya denganNYA. Saya tak mahu "dunia" ni .....
Kalau mereka nak mengumpul harta seisi alam ni pun saya tak heran ... go ahead
Saya tak kacau, saya tak halang ... silakan.
Saya tak hendak pun !!!
Saya yakin rezki saya tetap ada .... dan Alhamdulillah, Terima kasih Allah, kerana rezki saya tidak pernah putus.

If they had asked me I would have explained.
No ... saya tidak menyusahkan suami saya dengan meminta-minta, mudah-mudahan, dengan izin Allah.
Nauzubillah Ya Allah, jauhkanlah saya daripada melakukan itu.
Jubah yg "kelas!!!" (???) itu ... kakak saya yg belikan..... Org dah belikan takkan nak bior je kat dlm almari, buat pekasam or showcase .. baikla aku pakai kan..kan ....kan ???
Apa lagi, aku melaram le .....
Dan semalam selipar saya yang Hajar pakai putus ... saya tak kisah pun ...tak marah pun kat Hajar. Tahu tahu anak buah saya datang bawa kasut,
"kalau Mak Lang muat, ambiklah ..."
"Kenapa awak tak nak ?? Kan cantik ..."
"Tak nak lah ... tgk dalam katalog nampak OK tapi bila dah dapat ... rasa tak sesuai pulak"
Ha tu dia ... rezeki menggantikan selipar saya yg putus ......
Alhamdulillah. Terima kasih lagi, Ya Allah.

Bab shopping, bab berjalan ke sini sana .. pergi Taman Burung, pergi MidValley etc...etc... itu memang Pak We saya yg belanja .... tapi kami pergi sebagai satu keluarga. Itu bukan untuk saya seorang. Dan biasanya .... bukan ke saya ajak anak-anak buah sekali ???

So ... kalau mereka menganggap saya menyusahkan suami ... check your facts first Man !!!
Dan kalau mereka berkira tentang apa yg saya guna di rumah mereka, semoga Allah membantu saya sehingga apa yg telah saya ambil itu tidak menjadi beban.
Juga , saya dah belikan supply, rasanya cukup utk seminggu, walaupun kami cuma tinggal 2 hari 2 malam di situ.
Saya tinggalkan rumah itu dalam keadaan kemas, dah siap basuh pinggan mangkuk dan dah siap kemas bilik. Apa yang saya lakukan seikhlas hati ... andai kata masih ada kekurangan yang menyakitkan hati mereka, saya dah bersalam memohon maaf.
One thing for sure .... next time around, I don't want to eat the food they cook !!!

No comments: