Monday, February 11, 2008

Geram Tak Habis Lagi !!!

Sebenarnya saya tak faham kenapa dia begitu ....
So if you know can you pliz tell me .......

i) Khamis 7 Feb : Balik dari masjid, suami belikan Roti Canai utk sarapan. Lepas tu kami pergi pasar raya utk beli barang-barang keperluan. Itupun tanya dia dulu apa yg dia hendak. Balik dari pasar raya, saya kemaskan semua barang-barang yg perlu dimasukkan dalam peti sejuk atau yg perlu disimpan di rak. Kemudian baru kami pergi Taman Burung. Balik dari Taman Burung, suami & bebudak tu masuk rumah, saya pergi angkat kain. Masa nak masuk, saya terdengar dia bising kat Umi, "Simpan semua kasut-kasut tu ... Nenek dah simpan, kenapa awak keluarkan ???"
Saya dengar Umi jawab, "Ahra nak pinjam sebab kasut dia hilang ..."
Memang pun Zahra minta pinjam kasut Umi kerana kasut dia hilang sebelah.
Hemm ... tak boleh pinjam ke ??? Manalah saya tahu ......

Sebelah malam dia bising lagi kat Umi sebab Umi tak nak makan nasi, "Kenapa tak nak makan nasi ?? Tengah hari tadi pun tak makan nasi kan ???"
Sebenarnya, lepas pergi Taman Burung , kami pergi MidValley Megamall & bawak bebudak tu makan sebelum ronda-ronda window shopping. Sekali sekala dapat makan kat luar, masing-masing tak nak resipi nasi tapi masih lagi selera Malaysia. Pulak tu ... kan Minah sorang tu Minah Penang, dia makan Pasembour le ......
Bagi saya asal ada karbohidrat, protein & sayur-sayuran, mengenyangkan dan sesuai dengan selera mereka, saya tak ada halangan kalau mereka tak nak makan nasi. BUT she does not like that la ha ???

ii) Jumaat 8 Feb : Lepas sarapan, selesai basuh pinggan & kemas apa yg patut.... (pinggan Umi dan Aisyah pun saya dah basuhkan, tinggal Zahra dan Hajar je yang masih di meja ).... saya naik atas untuk kemas bilik. Saya dengar dia merungut tapi saya tak tahu apa yg dia rungutkan.
Lepas kemas bilik, saya keluar duduk baca surat khabar di meja depan.
Selang beberapa minit, Mak Usu pun sampai. "Baru nak makan ???" sergah Mak Usu kat bebudak tu .... Tak tahulah apa yg mereka jawab. Saya pasti sebenarnya Zahra dan Hajar dah habis makan tapi tak bangun-bangun lagi sebab leka tengok TV. Aisyah dan Umi pun masih duduk di meja makan gara-gara tengok TV.
Yang pasti dan jelas di telinga saya, suara org tua tu ...
"Bukan ... dah makan ... kenyang .... naik masuk bilik "
Err ... siapa yang masuk bilik ??? Menyindir saya la tu !!! Sebab saya sorang je yg masuk bilik .. itupun utk mengemas bukan utk melepak. Dan kerana matanya belero, dia tak nampak saya duduk terconggok baca surat khabar kat meja atas tu kan ???
Habis tu saya nak buat apa lagi ??? Takkan nak duduk mengadap bebudak tu makan ??? Buang masa je .... lebih baik saya mengemas. Hajar dan Zahra dah besar, tahu basuh pinggan sendiri, kalau nak suruh hidang makanan pun dah reti. Nak kemas meja ??? ..... pun boleh
Tapikan Mak Usu pun nak makan ... takkan nak kemas meja kot
Dan yg kelakarnya .. sebab nenek sebut pasal masuk bilik, betul-betul bebudak tu semua masuk bilik ... termasuk anak-anak Mak Usu sekali.
Kemudian Mak Nya pulak sampai. Bila dia dah kenyang, dia pun naik atas jugak.
Really ... where else can we go ???
AND what else can we do ??? Dah masak kan ??? Pinggan mangkuk, periuk belanga dah basuh kan ??? Nak buat apa lagi ???
Balik dari Solat Jumaat, suami makan tengah hari dengan anak-anak, saya tak makan pun.
Waktu nak balik Sentul petang tu .... ada karipap atas meja pun saya tak usik. Saya cuma minum air saje ... itupun tak habis sebab panas. Selalunya saya sanggup duduk minum teh sampai habis tapi kali itu, saya lebih rela buang.
Walaupun saya tetap bersalam dengan dia, hati saya terlalu tersinggung so I did not hug and kiss her. Sampai sekarang marah saya belum lagi reda ........
Ya Allah, aku benci dengan kemarahan ini dan aku bosan dengan dunia dan manusia yang sebegitu ... aku cuma ingin KAMU, Ya Allah.
Ya Allah, ambillah dan sembunyikanlah aku di dalam naunganMU. Amin.

No comments: