Tuesday, July 17, 2007

Rindu Puisi

Aku rindu sekali
rindu membaca puisi
karya Sang Hang Tuah yang menghilangkan diri
kerna kesibukan menutup waktu terluang
walau telah berjanji
akan melakar puisi di pinggir cakrawala
buat aku baca tatkala gundah
agar hati nan lara kembali riang

3 comments:

Anonymous said...

huhuhu...si Tuah sedang mengembara mencari Puteri Gunung Ledangnya.
Tak tahulah bila dapat ketemu sbb Gunung Ledang dah gondol jadi Gurun Ledang dek sbb pembangunan yg tak terancang.
Tuah..Tuah....mengapa di cari Puteri yg ntah ke mana sedangkan Si Tun Fatimah sudah setia menanti........

Anonymous said...

aku rindu jua
pada jebat yang dituduh derhaka
pada persahabatan yang dicemari nista
aku tetap mencoret
biarpun dikertas usang
biarpun tiada yang menatap
agar suatu hari nanti
mereka mengerti
rahsia hati yang terkunci rapi

perindu
213517072007

InaOK said...

Hang Tuah cari Tuan Puteri untuk Sultan, sedang di hatinya
bertakhta SiGadis Dusun. HeHeHe

Rahsia hati terkunci rapi
hanya Tuhan yang Maha tahu
memang tidak ku harap manusia mengerti
biarlah rahsia ku bawa mati
Tuhan sahaja yang mampu merawat rinduku