Sunday, March 04, 2007

Yang Buat Kamu Bilang "jangan"

Sebenarnya saya masih menunggu cadangan utk memperhalusi puisi ini
agar ia menjadi lebih indah.
Dan saya juga tidak tahu hendak memberi tajuk apa pada puisi ini.
Tetapi seorg sahabat memberi respon yg bertajuk "jangan" makanya saya memberi
tajuk spt di atas kpd puisi ini ...... :-)
Soalnya .... puisi ini mengisahkan manusia yg "hanyut" di dalam pujian dan
kemewahan yg diperolehinya sehingga dia lupa pada kisah silam yg perih.
Hidupnya kini di kalangan warga elit ..... sehingga tidak mahu lagi bergaul dgn teman-teman
yg dulunya menjadi teman akrab sama-sama membanting tulang,
yg berat sama dipikul yg ringan sama dijinjing
Teman-teman lama dipinggir kerana tidak lagi setaraf dgnnya ................

Kamu yang lama terbiasa
dipuji melambung tinggi
kerana bicaramu pintar dan bernas
kamu berbakat menulis puisi yang indah
dengan bahasa yang gah
kini diresapi rasa megah

Kelmarin aku bagai bermimpi
tidak menyangka
kata-katamu terselit sindiran menghina
memandang rendah pada kami
apakah kerana rumah sebesar istana
meluncur dengan kereta mewah
menjadikan kamu "buta", sama seperti mereka
yang dulunya kamu berjanji tidak akan seperti ini ........

Puisi indah yang kamu tulis
bukankah lahir dari hati
luahan sanubari
yang kamu kutip ilhamnya dari pengalaman
kehidupan dan persekitaran
apakah dipuji dan dipuja menyebabkan kamu lupa ???

Dan akulah yang paling sedih
melihat kamu bagai enggang yang terbang menuju mentari
yang paling khuatir kamu terbakar nanti

No comments: