Enggan menjadi pendusta
bermain kata-kata
memutar belit yang nyata
hanya mengejar bahagia dunia
Aku biarkan mereka
licik seperti ular
asal aku waspada mempertahankan diri
tidak rela dipengaruhi
biar mereka megah mewarwar
tentang kuasa, harta dan rupa yang lawa
Biarlah aku mereka sisih
kerana pendirian dan kata-kataku yang pedih
mereka enggan menerima peringatan
tentang hidup celaru dan restu TUHAN
Aku bukan pendusta
yang aku kata akan ku kota !!!
insyaALLAH ....
1 comment:
What a great site nexium pill Treating back acne
Post a Comment