Wednesday, August 09, 2006

Hari Keluarga di Agro Semuji

Maahad Tahfiz Pekan mengadakan program Hari Keluarga 2006 di Agro Semuji Resort, Kuantan. Tempat ini memang sesuai bagi saya yang sedang pulih dari migraine.
Terletak di tepi jalan Maran - Kuantan, kawasan ini mendamaikan.
Bagi mereka yg datang dari KL, boleh pilih utk keluar dari LebuhRaya Pantai Timur samada di Maran atau di Gambang. Kalau keluar di Maran, terus sahaja ikut Jalan Maran - Kuantan menghala ke Kuantan.
Bagi yang keluar di Gambang, pada simpang Ktn- LebuhRaya Tun Razak- Maran, belok ke kanan menuju Maran. Tak perlu risau tersesat sebab ada signboard penunjuk arah ke Resort berkenaan.
Perjalanan dari KL memakan masa lebih kurang 1 jam 45 min (ini bagi yg biasa memandu KL- KTN dalam masa 2 jam 1/2)
Sekarang ini musim buah durian ... bagi penggemar buah durian, memang berbaloi pergi ke sana.
Kami yang pergi secara pakej lengkap dgn Program, makan-minum disediakan di dewan makan dan aktiviti diatur oleh urusetia.
Yang datang secara persendirian, ada kafe utk makan-minum, juga ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkayak, memancing, trekking dll. Chalet menyediakan kemudahan asas termasuk TV dan water-heater. Chalet yang kami sewa ada satu double-bed, satu single bed and one extra mattress.
Waktu kami bebas melakukan aktiviti sendiri,( tak de aktiviti bersama urusetia) kami pergi trekking, tenguk rusa (pertama kali Aisyah tengok Bambi upclose, kat zoo tgk dari jauh je, yg ni boleh pegang sbb rusanya jinak dan dtg ke pagar), tengok Burung Unta, tengok... HeHeHe ... sebenarnya kami bukan trekking betul-betul, kami trekking cari buah durian... HeHeHe
Nak tahu... Sulaiman panjat kandang Burung Unta utk ambik buah yg jatuh dalam kawasan kandang burung. Ha engkau .... HeHeHe
Tapi Hero dua org tulah yang paling banyak mengumpul buah. Kalau nak ikutkan, dari tengah malam lagi mika dah nak pergi cari buah durian tapi saya tegah, "Kang jatuh buah durian atas kepala kang ha"
Anak-anak tak pergi.. Abahnya pulak, "Tak boleh nak tido, baik pergi cari buah " Hemm .......
Sensitip betul dengar bunyi durian gugur. Zahra pun excited sebab jumpa dua biji yang jatuh betul-betul depan chalet tempat kami menginap.
Pokoknya, meriah durianlah hari tu.
DAN... gara-gara itu, migraine saya pun datang kembali. Aduhai ......

Kalau tak minat durian, boleh pergi masa musim rambutan.. sbb buah rambutan sedang menghijau.
Buah-buahan yang kita kutip, kita boleh bawa balik.... tu yang best tu !!!

Err.... ni boleh mintak komisyen tak sbb duk mengempen pasal resort.. kan,kan,kan ???
HeHeHe


Chalet tempat kami menginap pada sewaan RM 85/= ( Waktu check in / out = 4.00 ptg ) Posted by Picasa