Wajah yang riang
bergurau senda, berlawak jenaka
gelak ketawa berselang
ceria ... bahagia hidupnya
Wajah kesayangan ini
ku bina istana impian untuknya
istana seindah warna pelangi
dihubungi jambatan awan
putih dan suci
Wajah kesayanganku ini
hanya mahu diulit mimpi
dalam dakapan kasih sejati
tersadar .... wajah tua inilah yang dia cari
terjatuh .... pelukan hangat inilah yang dia nanti
bahagia dia .. bahagialah aku , pasti !!!
2 comments:
what a sweet poem. i like it. one can tell how much you love your children by reading this one. :)
Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»
Post a Comment