Saturday, June 24, 2006

Enggang

Setelah sekian lama ia tidak muncul, tiba-tiba ia datang lagi ....
Saya tidak perasan kehadirannya sehinggalah anak-anak burung di pohon mangga itu riuh berbunyi. Dalam saya mencari punca keriuhan itulah, ia keluar ... megah bertenggek atas
talian telefon.
Memang enggang menarik ...........
Resmi enggang ..........
Enggang tetap enggang dan pipit tetap pipit
walau macammana pun takkan boleh terbang seiring .......... pipit pasti tak mampu
terbang tinggi, tak berdaya terbang jauh.
Pipit pasti ditinggalkan.
Kehadiran enggang mengingatkan saya pada bicara enggang dan pipit.
Juga menyedarkan saya bahawa diri ini sememangnya cuma pipit.
Pipit ini memohon maaf kerana selalu menganggu enggang. Saya janji tidak akan menganggu lagi. Semoga enggang bahagia terbang tinggi di awan dan semoga enggang ceria terbang jauh
menuju bintang ......

"Andainya kau dapat terbang sampai ke bintang
andainya kau kaya raya
mungkinkah kau ingat daku... sahabat karibmu
Andainya kau jadi raja dan berkuasa
duhai sahabat karibku
masihkah kau ingat daku .....sahabatmu dulu "

3 comments:

Anonymous said...

kok enggang bertenggek atas talian talipon????????

Oooooo,pokok dah habis kena tebang jadi dah tak de tempat nak bertenggeklah ?

Tak kisahlah yang pasti enggang tak pernah lupakan pipit. Sesekali ia akan turun ke bawah juga menjenguk pipit2 yg riang ria berterbangan cuma pipit saja yg tak mampu nak menjenguk enggang nun jauh di atas dahan yg tinggi.....

Tapi mana tahu satu hari nanti pipit pun mampu untuk terbang tinggi mencari enggang yang dirindui....

InaOK said...

insyaALLAH ... Amin
HeHeHe
Apa-apa je lah .... :)

Err....Mahu ke enggang turun ke bawah menjenguk pipit ???
Hemm.....

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »