Saturday, June 24, 2006

Hanya kerana DIA

Bertaut dengan kasih ALLAH
semoga tidakkan terpisah
berpaut pada tali ketaqwaan
menagih belas ikhsan

Menyerahkan cinta kembali padaNYA
tawakal 'alallah
menjunjung hormat mohon hidayah
semoga tidak kehilangan arah

Masih di sini kerna takut padaNYA
semoga DIA tidak murka
membatas diri kerna janji
sehingga waktu DIA melepaskanku pergi