Thursday, March 23, 2006

Anak III dan IV


Saya jarang ceritakan hal mereka tapi itu tidak bermakna saya tidak bangga dgn mereka.
Pastinya saya bangga dan menyayangi mereka sebagaimana saya menyayangi anak-anak yg lain.
Mereka tidak banyak kerenah tapi boleh juga buat ibu marah waktu mereka menjadi seperti anjing dengan kucing.
Sekarang ini mereka, terutamanya Siti Hajar, merasa tekanan di sekolah kerana menjadi adik kepada Ahmad Shuib.
Abang mereka dikenali di kalangan guru-guru, termasuk Guru Besar. Oleh itu guru-guru juga mengharapkan yang terbaik dari mereka. Alhamdulillah seperti abangnya, Siti Hajar terpilih untuk mewakili zon Peramu bagi Pertandingan Hafazan.
Sebenarnya Siti Hajar seperti saya, suka membaca. Cuma pilihan bahan bacaan kami tidak sama. Sewaktu saya berusia 12 tahun , saya suka baca buku misteri; Secret Seven, Famous Five, Hardy Boys dll. Pilihan Hajar lebih kepada cerita remaja.
Sewaktu saya memasuki alam remaja, pilihan saya adalah buku-buku sastera milik kakak saya yg sulung; Saga, Ranjau Sepanjang Jalan, Sandera, Keluarga Gerila atau yg Inggeris, Little Women, Desiree, Eagle has Landed etc.
Siti Zahra pula mengikuti minat saya yang lain kerana dia suka melukis dan menulis.
Sebenarnya saya bukan sahaja melukis, tapi mengambarkan yang tersirat.
Pernah di zaman sekolah seorang teman mengantung sekeping kad Hari Raya di papan kenyataan bilik studi.
Gambar depan kad itu adalah gambar pemandangan waktu senja. Sekilas pandang memang cantik.
Tapikan....Yup..me & my big mouth.........suatu hari tatkala seorang rakan memuji gambar itu, saya katakan padanya, " Awak perhatikan betul-betul apa yang ada dalam cahaya senja itu ..."
"Ha ah lah, ada ....... "
Dan akhirnya, tiada seorang pun yg berani duduk di bilik studi pada waktu senja, apalagi kalau hari Khamis malam Jumaat sehingga lah kami menurunkan gambar itu.
HeHeHe......tak bermaksud utk menakutkan mereka, cuma menunjukkan apa yg tersembunyi.