Thursday, June 04, 2009

Sayu ... Sedih

Bermula dengan rasa sayu
melawan perasaan itu
namun tidak jua ia pergi
malah semakin parah

Sayu bertukar sedih
airmata mula mengalir
dalam solat ... dalam sujud
mengadu pada Tuhan
memohon bantuan
moga-moga sedihku berlalu

Sedih bukan kerana terluka
bukan kerana kecewa
bukan sengsara atau merana
sedih cuma kerana dia

Mudah-mudahan selamat dan bahagia di sana

Doaku buat mu selalu .. dengan izin & restu Allah swt.


No comments: