Tuesday, June 30, 2009

Karya Non Islamic - 1. Mimpi

"Mana suami saya???"
Huh, berani-beraninya dia menyergah di khalayak ramai begini.
"Mana saya tahu ..."
"Dia tak balik malam tadi. Sophiee bilang dia ada dengan kamu"
Dia membentak. Sepertinya semua orang memerhati kami.
Malu saya menjadi bahagian dalam "drama" seperti ini.
"Ya, memang dia dengan saya malam tadi. Kami bincang sampai pukul 2 lebih. Lepas tu saya mengantuk, saya tidur. Saya tak tahu dia pergi mana.."
Dia diam. Di balik matanya ada kerisauan.
Apakah dia sedar, sebagaimana saya menyedari tentang dia, apa yang ada di balik mata saya? Kekalutan.
Setahu saya, malam tadi saya ngantuk, saya meringkuk baring atas sofa di beranda.
Masa bila saya masuk bilik?
Dan kehangatan malam tadi, apakah cuma mimpi? Atau benar-benar terjadi?
Lagu "Halo" berkumandang tiba-tiba.
"Hello"
"We need to talk .." Suara itu tegas.
"Your wife is looking for you ... shall I tell her you dah balik?"
"I nak jumpa you kat bilik." Semakin tegas
"Kita sambung perbincangan kita esok. Hari ni .. you spend your time with your wife, ok?"
Amat jelas kedengaran dia mendengus di sana.
Di sini, kelihatan wajah isterinya tersenyum. Kerisauannya hilang.
Saya yakin malam tadi bukan mimpi ... tapi bagaimana ia bisa terjadi?
Mengapa saya terlalu lalai menjaga diri??
Atau ... mungkinkah memang itu yang saya mahu??

No comments: