Kami meredhai pemergianmu, Ahmad Syafiq b Abd Aziz, 18 tahun. ( actually he will only turn 18 this 31st August 2008)
5.30 ptg Khamis 24 April : Dia balik rumah, beritahu Mamanya dia nak keluar dgn kawan-kawan selepas ambil lesen memandu. "Ma, Syafiq pergi ye Ma .... "
Dia juga telefon Ayahnya minta izin guna kereta.
6.00 ptg : Salah seorang drp kawannya telefon Kak Wi, beritahu Syafiq kemalangan. Kak Wi cuba telefon Abg Aziz tapi tak dapat, dia terus telefon Kak Ida ( kakak sulung) minta temankan dia ke tempat itu. Kemudian dia telefon Zura (adik bongsu) minta tolong ambil Iddin (anak bongsu Kak Wi) dari sekolah.
All these without realising her husband was rushing to the scene after he received a call fr one of the survivors.
6.30ptg : Saya dapat panggilan dari Kak Ida beritahu Syafiq dah meninggal.
My reaction: Terkejut. Berulang-ulang menyebut, "Ya Allah ..Ya Allah ...Ya Allah" sedikit sebanyak menenteramkan hati saya.
Yang kelakarnya ... kelakar bila dikenangkan kembali, saya berjalan ke masjid utk memberitahu suami saya ..
"Kenapa tak telefon?" tanya suami, "kan Jamal bawa telefon ..." sambil menunjukkan telefonnya.
Err ... ohh ....
Agaknya airmuka saya blurr.... so he said, "Tak pe lah ... pergi balik berkemas, nanti lepas Isya' Jamal balik"
My sister's reaction : Cubalah bayangkan ... setelah dia dapat panggilan dari kawan Syafiq itu & setelah dia telefon Kak Ida dan Zura, dia sibuk ambil minyak gamat, ingat nak letak pada bhg yg luka, ambil air Zam-zam nak bagi anak dia minum etc ..etc....
Suddenly she received a call from her husband saying, "Suri, anak kita dah tak ada ......"
In that instant, wouldn't anyone be more than shocked ???
Half an hour ago, you're talking to your boy .... and now he's gone
BUT ... Alhamdulillah, Kak Wi & famili, keseluruhannya, kami masih ingat bahawa Syafiq adalah hak Allah swt. Kami redha Allah swt mengambil hakNya kembali
Ahmad Syafiq Abd Aziz, di kalangan kami, dia dikenali sebagai anak yg tak banyak cakap
tapi murah dgn senyuman DAN tak pernah melawan cakap org tua, terutama cakap Mamanya.
Mungkin kerana itu, setelah jenazahnya dimandikan & all the blood washed off from his body,
wajahnya nampak bersih dan tenang. Dia seolah-olah tersenyum dalam tidur .........
Allahualam.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dia diterima di kalangan org-org yg beriman. Amin.
Tidurlah tidur sayang
tidurlah dengan senyuman
kami yang engkau tinggalkan
meredhai engkau pergi
Pergilah pergi nyawa
pergi bertemu Dia
kembali kepada Pencipta
bahagia di sisiNya
Tunggulah tunggu manja
tunggu mama di sana
berkumpul kita semula
bersama-sama di syurga .........
Tiada hilai ketawa
tiada juga airmata
cuma kenangan pengubat rindu
namun kami redha, Tuhan
Engkau memanggilnya dahulu ...........
Monday, April 28, 2008
Wednesday, April 23, 2008
Earth day
Jimat elektrik .. jimat air ... jimat tenaga !!! 
Errr ... jimat tenaga ???
Ohh ... hari ni boleh relek la ye ... nak jimat tenaga ...
Weii .... kerja TETAP kerja !!!
Get up !!! Get out !!! ..... 
Ppstt ... psst ... and don't come back ???
"Oh Tuhan ... terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada Mu
agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu ....."
BTW ... I came across this video
My hubby sang it years ago masa kami pergi camping di Gunung Pulai
masa tu ... belum kahwin lagi la .... ahaks .. aha .. ha
Tuesday, April 22, 2008
Semalam, Hari Ini & Esok
Semalam = Yesterday :-
*************************
"Yesterday, all my troubles seem so far away"
Err ... Forget it !!!
Yesterday ... tapi bukan semalam ... dolu-dolu punya yesterday ...
when I was in Form 4 & 5 , I was a hostel dweller. Yup .. I am a boarding school product.
What I got from boarding school is I learn to step out of my cocoon.
My teachers & frens encouraged me to be myself & not "hide".
Mrs Valerie Tang made me stand in front of the class and my classmates made me
MC for our school's debate.
Also, Lela made me sing aloud in class ... and I joined the Drama & literature club juga gara-gara Lela. BUT it was fun ... those stage performances.
I still hate the scene where I had to cry though .... cannot la ....
I hate crying in public, even if it was just acting.
Also, as sensitive as I am, I dislike slow numbers.
I listen to songs to make me happy NOT cry ......
Hari ini = Today :-
******************
Attended a Motivational Programme at Zahra's school, Program Motivasi Bersama
Pelajar Sek. Men. Sultan Alam Shah or better known as simply Sek. Alam Shah.
One of the best (???) boarding school in Malaysia. This is one of the school's programme in preparing the Std 6 students for UPSR
Do I want her to go to boarding school ?? No
But if she wants to, I won't stop her
Esok = Tomorrow :-
*******************
"Esok berakhir segala derita ..."
Hemm ... who knows what tomorrow brings.
Itu Tuhan yg tentukan .... kita cuma boleh berusaha
Yg penting kita berusaha ... jangan makan tido aje !!!
Oh ye ... esok ada CSI & Contender Asia Finale
I hope the Thai guy wins .... coz he wants the money for his mother
to make her life better .... so I feel its better if he wins
rather than John Wayne Parr because John just wants to win for his pride
so he is known as "The BEST".
AND this Saturday, ada program kat masjid ... insyaAllah TPM datang.
Ini bermakna para pembodek yg tak pernah hadir utk berjemaah di masjid
akan tetiba muncul & menjadi "org yg paling rajin & aktif"
Tiap-tiap kali begitu ... boring betul !!!
Diaorang nak duduk atas peha TPM pun saya peduli apa, tapi janganlah
asyik menyinggung perasaan orang lain. Kalau ikutkan hati malas betul nak pergi .....

Monday, April 21, 2008
Schedule berubah !!!
Hari ni hari pertama schedule saya berubah.
I) Pertama, saya "cuci" closet.
Banyaklah baju suami, anak-anak & saya sendiri yg kena ekspot.
Tapi itu tak bermakna almari baju tu dah lapang. Ahaks.
Yg saya pening ni bab tudung .... nak ekspot, sayang pulak, terutamanya tudung batik
yg dah hilang trend.
Tapi tudung Aisyah yg dah kecik gerenti kena ekspot !!!
II) Kedua, "cuci" link kat blog ni ... sebab ada link yg tak boleh digunakan lagi.
Saya juga menyusunnya semula ....
Tapikan ... link yg satu tu masih tetap teratas.
Macammanapun saya tak boleh nak letakkan ia di bawah ...
sekalipun tuanpunya blog itu mungkin dah campak saya ke dalam longkang ... Waa !!!
Tak apalah ... saya tetap menganggap dia sahabat yg paling saya ingat & paling saya hargai !!!
Saya juga sangat-sangat menghargai sahabat-sahabat yg lain ..
sangat- sangat to the power of infiniti.
Lagipun saya memang tak punya ramai sahabat.
Saya ada A) 3 eFren yg sering saya "kacau"
termasuk tuanpunya blog teratas itu ( yg mungkin dah campak saya masuk longkang ... Sob! Sob!!)
B) 2 eFren yg saya "jenguk" sekali sekala .. sorang tu adalah gak sekali dalam 3 bulan,
yg sorang lagi, saya hantar eCard/sms masa Hari Raya
Sebenarnya kan ... eFren dalam kumpulan B) ni, saya rasa bersalah dengan yg pertama sbb dia sanggup hantar poskad & sms saya dari nun jauh di sana. Yg kedua tu kira OK jugak sebab selalu juga "jumpa" kat yahoogrup
C) 2 Real fren, kawan sekolah yg masih saya hubungi. Masih berhutang lawatan dgn org Melaka.
Entah bila lah nak bayar ....
Itu je lah yg ada dlm senarai "My Frens"
Yg lain-lain tu setakat kenalan je ....
III) Ketiga, saya "cuci" mailbox .... susun balik folder yg ada.
Juga edit membership di yahoogroup ...
yg saya tidak terlibat secara aktif, saya terima mail secara digest aje
dgn itu inbox taklah penuh dgn mail yg tak akan dibaca
dan saya tak perlu buang masa nak delete mail yg tak berkenaan.
Acara "cuci mencuci" ni simbolik bukan sahaja bagi membuang barang yg lapuk
atau membuang barang yg tak perlu tetapi juga bermakna saya membuang semua sikap saya
yg tidak berguna .....
saya "mencuci rohani" agar menjadi seorang muslim yg lebih baik
Saya yakin Allah swt akan memakbulkan doa saya.
I) Pertama, saya "cuci" closet.
Banyaklah baju suami, anak-anak & saya sendiri yg kena ekspot.
Tapi itu tak bermakna almari baju tu dah lapang. Ahaks.
Yg saya pening ni bab tudung .... nak ekspot, sayang pulak, terutamanya tudung batik
yg dah hilang trend.
Tapi tudung Aisyah yg dah kecik gerenti kena ekspot !!!
II) Kedua, "cuci" link kat blog ni ... sebab ada link yg tak boleh digunakan lagi.
Saya juga menyusunnya semula ....
Tapikan ... link yg satu tu masih tetap teratas.
Macammanapun saya tak boleh nak letakkan ia di bawah ...
sekalipun tuanpunya blog itu mungkin dah campak saya ke dalam longkang ... Waa !!!
Tak apalah ... saya tetap menganggap dia sahabat yg paling saya ingat & paling saya hargai !!!
Saya juga sangat-sangat menghargai sahabat-sahabat yg lain ..
sangat- sangat to the power of infiniti.
Lagipun saya memang tak punya ramai sahabat.
Saya ada A) 3 eFren yg sering saya "kacau"
termasuk tuanpunya blog teratas itu ( yg mungkin dah campak saya masuk longkang ... Sob! Sob!!)B) 2 eFren yg saya "jenguk" sekali sekala .. sorang tu adalah gak sekali dalam 3 bulan,
yg sorang lagi, saya hantar eCard/sms masa Hari Raya
Sebenarnya kan ... eFren dalam kumpulan B) ni, saya rasa bersalah dengan yg pertama sbb dia sanggup hantar poskad & sms saya dari nun jauh di sana. Yg kedua tu kira OK jugak sebab selalu juga "jumpa" kat yahoogrup
C) 2 Real fren, kawan sekolah yg masih saya hubungi. Masih berhutang lawatan dgn org Melaka.
Entah bila lah nak bayar ....
Itu je lah yg ada dlm senarai "My Frens"
Yg lain-lain tu setakat kenalan je ....
III) Ketiga, saya "cuci" mailbox .... susun balik folder yg ada.
Juga edit membership di yahoogroup ...
yg saya tidak terlibat secara aktif, saya terima mail secara digest aje
dgn itu inbox taklah penuh dgn mail yg tak akan dibaca
dan saya tak perlu buang masa nak delete mail yg tak berkenaan.
Acara "cuci mencuci" ni simbolik bukan sahaja bagi membuang barang yg lapuk
atau membuang barang yg tak perlu tetapi juga bermakna saya membuang semua sikap saya
yg tidak berguna .....
saya "mencuci rohani" agar menjadi seorang muslim yg lebih baik
Saya yakin Allah swt akan memakbulkan doa saya.
Sunday, April 20, 2008
Someday ....
What to do
when there's nothing left to do ...
what to say
when everything have been said
don't do anything
don't say anything
things will go your way .... someday
*** I just hope its not too late by then ....***
BUT I do trust in Allah swt & I'm pretty sure HE has His ways
Terserah Allah swt saja lah
aku telah melakukan yg terbaik ... as the person that I am .. as me & myself ...
I can't be what I'm not ... and I can't pretend to be what I'm not
I'm sorry if my family & frens can't accept me as I am ... thats just too bad
I won't be someone else .... I am ME !!! This IS me !!!

Saturday, April 19, 2008
Sendiri
Sendiri ...
melayan hati yang sepi
merindui sahabat dan famili
mengisi waktu
melayari laman tiada bertepi
masih belum mampu mengubati
hati yang sepi
Sendiri ....
aku sendiri
di dalam kubur juga sendiri ....
cuma berbekal amal dan iman
berhias bacaan Al Qur'an
sepi ???
ahh ... biarlah sepi !!!
melayan hati yang sepi
merindui sahabat dan famili
mengisi waktu
melayari laman tiada bertepi
masih belum mampu mengubati
hati yang sepi
Sendiri ....
aku sendiri
di dalam kubur juga sendiri ....
cuma berbekal amal dan iman
berhias bacaan Al Qur'an
sepi ???
ahh ... biarlah sepi !!!
Tak ada mood ...
Hari ni memang saya tak ada mood ...
sepatutnya saya mula buat terjemahan yg baru
Baru je buka tajuk ... hemm ...
Bukan tajuknya tak best .... tajuk ni memang bagus dan patut dibincang dalam suasana sekarang ni
tapi saya je yg .... MALAS !!!
Pokoknya Nggak ada mood !!
Hemm ... ada org tu ... dah sampai KL agaknya ekk
moga-moga dia seronok di sana
Pagi tadi Hajar telefon ... baru saya tahu .. sepatutnya dia balik minggu ni
cuma dia malas nak balik.
Ni gara-gara mulut cepumas bapak dia lah ni.
Macam ni nak tinggal serumah lama-lama ....
Amankah ?? Dan sesuai kah utk perkembangan sahsiah anak-anak ?
Mungkin ada org kata SESUAI !!!
asal ibubapa sendiri yg membentuk
tapi saya tidak mahu kisah sedih itu berulang ......
saya tidak mahu kisah yg saya "forward"kan di sini menjadi realiti dlm keluarga saya sendiri
Oops .... lupa .... TAK BOLEH CERITA !!!
Ampun ya .... Maaf .... mulut saya mesti saya kunci
saya simpan cerita saya sendiri .....

Friday, April 18, 2008
Yang Mustahil
Alhamdulillah
Allah memberi peringatanNYA lagi ....
Sesuatu yg mustahil tidak menjadi mustahil jika Allah swt mengizinkan ia berlaku,
sekalipun ia kelihatan nun jauh di angkasa
Sesuatu yg sangat mungkin berlaku, tidak akan berlaku jika Allah swt tidak mengizinkan
sekalipun ia kelihatan hampir di genggaman
Saya yakin Allah yg menentukan dan Allah yg mengizinkan ia terjadi
Ada sebabnya ia terjadi
makanya saya berserah pada DIA
Yg penting saya terus melaksanakan tanggungjawab saya sebagai muslim
Segala yg ada di dunia ini adalah hak Allah swt.
Dia berhak memberi dan DIA berhak mengambilnya kembali.
Allah swt mengizinkan aku mengenali sahabat-sahabatku
Allah swt mengizinkan kesibukan merenggangkan kami
DAN Allah swt lah yg akan menentukan arah persahabatan kami ini ........
Aku cuma boleh berusaha ... Allah yg menentukan
Begitulah juga dalam hal yg satu lagi .... dalam persoalan hati ini

Kalau Tak Suka ... Pulangkan
Sebuah kisah yang selalu berlaku
Bila dah "pergi" baru dihargai ...... when its too late.
"Never take for granted the treasures in your life ... your family & frens"
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Apasal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.
Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila...." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.."
"Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"
Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?" Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila ..."
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je," Laila terdiam.
"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."
"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk
"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! "
Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
"Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila ....
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Wednesday, April 16, 2008
Maafkan
Maafkan aku
terlalu merindukan sebuah persahabatan, seperti dulu
akrab dan mesra ...
walaupun aku tahu ia tidak mungkin berlaku
kerna kesibukan menghalang kesempatan waktu
untuk saling bertegur sapa
Maafkan aku
dalam menyadari
pertemuan tidak akan pernah terjadi
pada Tuhan ku mohon izin
agar dapat melihat kamu bahagia
di sana ......
Maafkan aku
melakar kenangan di cakerawala
buat melerai rindu hatiku .............
mudah-mudahan Tuhan menyampaikan
salamku buat kamu
Maafkan aku
sangat mengangankan
persahabatan ini berkekalan
ke akhir hayatku .............
apakah Tuhan membenarkan ia begitu ???

"Old School"
Ya .. I grew up with an "old school" principle
afterall I am from the era of the oldies "old school"
where self sacrifice is NO big deal.
"I'll be happy knowing that my family & frens are happy"
I know that most of the people now holds on to the
"new school" principle :
"I MUST be happy first before everyone else can be happy"
The "new school" people call my people Pretenders, Hypocrites
and we call them Selfish, Self-centered. Semuanya MESTI didulukan dengan "I"
Sedangkan bagi kami para "old school" semua langkah MESTI mengambil kira perasaan org lain dahulu, tidak dimulakan dengan "I" atau "MY FEELINGS" atau "HOW I FEEL"
Ahh .... the "war" will never end !!! Hem .... Sudahlah ....
All I'm saying now is I don't expect you "new school" people to understand me
I don't even expect you to do things or follow my way
If you can't accept me as I am, just leave me alone .....
I know that there are less & less of us around now,
one by one, the "old school" people has left.
One day perhaps, there'll be none of us in this world.
I wonder how the world will be like then ???

Tuesday, April 15, 2008
Matters of The Heart
Yup ... there are good points brought up in this article :-
THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE/RELATIONSHIP IS NOT FINDING THE RIGHT
PERSON; IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.
SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It'll NEVER
just happen to you. You can't 'find' LASTING love. You have to 'make' it lasts
day in and day out. That's why we have the expression 'the labor of
love.' Because it takes time, effort, and energy. And most importantly, it takes
WISDOM. You have to know WHAT TO DO to make your marriage/relationship
work.
Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things
you can do (with or without your spouse) to succeed with your
marriage/relationship.
Just as there are physical laws of the universe (such as gravity), there
are also laws for relationships.
Just as the right diet and exercise program makes you physically stronger,
certain habits in your relationship WILL make your marriage/relationship stronger.
It's a direct cause and effect. If you know and apply the laws, the results are predictable... you
can 'make' love.
Love in marriage is indeed a 'decision'.. . Not just a feeling.
Remember this always:
'God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you
let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go.'
It is ALL UP To YOU.
YOU make the marriage work. And BOTH must want it to work.
********************************************************
I had a talk with someone & she said she's only "here" for the children
Once the children are married and have their own life,
if he does not change, she's going back "home"
It reminded me of a woman years ago ...
a few days after her youngest daughter came back fr her honeymoon, she gathered
everyone & said she's leaving. Everyone was shocked, questioned her action,
why now after all these years, dah tua ni tak payah lah nak fikir pasal hidup baru
fikir pasal kubur lagi elok ... etc..etc
She said, selama ni dia selalu ikut kehendak anak-anak & suami,
so now that all the children dah berumahtangga, dah ada keluarga sendiri,
dah ada hidup sendiri, its her turn to live her life ........
People may say "what life ???" dah tua-tua bangka ni .....
Well ... think of that nenek yg masuk calon pilihanraya di KT
To her, she still has a life kan ...... ???

.
BUT ... matters of the heart is NEVER that simple ...I had a talk with someone & she said she's only "here" for the children
Once the children are married and have their own life,
if he does not change, she's going back "home"
It reminded me of a woman years ago ...
a few days after her youngest daughter came back fr her honeymoon, she gathered
everyone & said she's leaving. Everyone was shocked, questioned her action,
why now after all these years, dah tua ni tak payah lah nak fikir pasal hidup baru
fikir pasal kubur lagi elok ... etc..etc
She said, selama ni dia selalu ikut kehendak anak-anak & suami,
so now that all the children dah berumahtangga, dah ada keluarga sendiri,
dah ada hidup sendiri, its her turn to live her life ........
People may say "what life ???" dah tua-tua bangka ni .....
Well ... think of that nenek yg masuk calon pilihanraya di KT
To her, she still has a life kan ...... ???
Monday, April 14, 2008
Demi seorang sahabat .....
I've been asked these questions before :-
i) if we both ask for help, who would you help first ?
ii) i'm also your fren so why don't you help me too ??
iii) why are you always "there" for XXXX ???
My replies as the questions came :-
i) dia ....
ii) sebab saya percayakan dia ... sebab tu saya tolong dia
sebab saya yakin pertolongan saya mengarah kepada satu kebaikan ...
& not for the purpose of something bad
iii) sebab dia adalah seorang sahabat
AND I'll continue to pray for my sahabat
And next time anyone question my actions again,
my answer will still be the same.
Demi seorang sahabat ....
Semoga dia berbahagia di dunia & akhirat. Amin.

Friday, April 11, 2008
The Person That I Am
I feel blessed. Alhamdulillah.
Thank You Allah ...
for Allah swt reminds those He wants to remind
and I am very glad & grateful that I am one of them .....
i) I asked The CIMS team for responses to the Fitna movie
and I received a good one from The Straight Path Group
ii) I was feeling "alone" in my "troubled" times &
I felt like I'm the one who is always "there" for my frens & family
BUT they are always too busy for me.....
and then I received this from XCite :-
When you are selfish and you pray, you are requesting things to flow only to you.
When you are selfless, you are praying for things to flow to others.
The old ones say this is the highest form of prayer.
"You can pray for whatever you want, but it is always best to pray for others, not for yourself."
I realised that was what I have been doing .... praying for the well-being & happiness of my family & frens in this world & The Hereafter
It seemed like, even though there are those who have doubted me, Allah has granted me the ability to :-
1) be happy when my family/frens are happy
and sad when they're sad
2) the ability to give without expecting anything in return
3) to love without being loved
4) to care without being cared for
5) to remember my family & frens in my prayers & pray for them without expecting them to pray for me .....
O Allah, please prevent me from becoming a munafik
please allow me to continue doing the above
And may with that, I will always be happy being the person that I am.

Thursday, April 10, 2008
Sometimes
Sometimes, we are so occupied with our own lives
we forgot to :-
i) ask our family/ frens if they're OK ?
ii) say to our family/ frens things we sssooo want to say ....
like how much we treasure them
or how much we appreciate them
or how much we care ......
until one day ... unexpectedly
she/ he is or they are ... GONE !!!
and you wish you can turn back time
so you can say those things you ssooo want to say
or so you can "be there" those times she/he was or they were not OK
A friend ( or family, for that matter) in need is a fren indeed
and when you're not needed
you can drop dead for all he/she/they care .....

Scenes From A Movie
I'm not a Hindi Movie fan but I do watch them sometimes.
I saw this one about 3 close frens & I especially liked the first two scenes
in this video. [apparently I'm not the only one who love the scenes :-)]
First Scene - when he came back for her
understanding that she was scared, yet turning things around so
she does not feel ashame for being scared
Second scene - I relate to this scene becoz I believe that when you love a person,
all you want is to see him/her happy

Tuesday, April 08, 2008
Good Enough
If I can see my family & frens happy in this world and The Hereafter,
Isn't it good enough for me ???
OF COURSE it is !!!
Here we are hanging on strains of greed & blues
break the chain & we break down
its not real if you don't feel it
unspoken expectations
ideas you used to play with
they're finally taking shape
*** What's good enuff for you
is good enuff for me
it's good enuff, good enuff for me ...***
Now you say you starting to feel the push & pull
what could be and never can
you merely stumble into the
old fashion superstition
I find too hard to break
or may be you're out of place

Monday, April 07, 2008
Saturday, April 05, 2008
Alhamdulillah
Alhamdulillah ... I am recovering
walaupun belum 100% sihat,
sekurang-kurangnya dah tak sakit kepala lagi
I have a mission to complete .......
I need to educate my children to be a better muslim
I don't care what people think of me
I'm not concern about whether people see my value
or people appeciate me
or people care for me the way I care for them
It does not matter ........
I can't waste my time on that anymore .... my life might end suddenly
so I have to prepare for life "down there"
instead of being busy with "whats up here"
"Whats up here" do not belong to me, anyway.
Semuanya hak Allah swt .....

Thursday, April 03, 2008
Completed
Alhamdulillah ... tanggungjawab yg sepatutnya saya selesaikan telah saya selesaikan
dan dah hantar pun pada tuannya.
Mudah-mudahan apa yg diketengahkan dapat membuka mata pihak berkenaan dalam mengatasi masalah IKS. Tapi ... org-org IKS nipun kenalah jugak memainkan peranan
dengan memberi sikap yg positif.
Samalah juga dengan masalah pelajar di luar bandar ni ... kenalah ubah sikap
mahu melangkah jauh, belajar lebih tinggi drp setakat SPM aje ....
Alhamdulillah Sulaiman dah mula memikirkan hal itu .... langkah-langkah ke depan
yang bakal dia lalui. Semoga anak Ibu berjaya di dunia & akhirat ..............
Actually ... saya masih kurang sihat
Kalau ini menjadi penyebab yg membawa saya ke garisan penamat,
saya mohon maaf pada semua .... maaf dzahir & bathin, dari hujung rambut ke hujung kaki
ampunkan segala dosa saya, tersalah kata, tersilap bicara, samada secara tersurat maupun tersirat, dalam serius maupun dalam gurauan dan usikan, saya pohon ampun dan maaf
Semoga kamu semua berbahagia dan berjaya di dunia & akhirat, Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)