Kami meredhai pemergianmu, Ahmad Syafiq b Abd Aziz, 18 tahun. ( actually he will only turn 18 this 31st August 2008)
5.30 ptg Khamis 24 April : Dia balik rumah, beritahu Mamanya dia nak keluar dgn kawan-kawan selepas ambil lesen memandu. "Ma, Syafiq pergi ye Ma .... "
Dia juga telefon Ayahnya minta izin guna kereta.
6.00 ptg : Salah seorang drp kawannya telefon Kak Wi, beritahu Syafiq kemalangan. Kak Wi cuba telefon Abg Aziz tapi tak dapat, dia terus telefon Kak Ida ( kakak sulung) minta temankan dia ke tempat itu. Kemudian dia telefon Zura (adik bongsu) minta tolong ambil Iddin (anak bongsu Kak Wi) dari sekolah.
All these without realising her husband was rushing to the scene after he received a call fr one of the survivors.
6.30ptg : Saya dapat panggilan dari Kak Ida beritahu Syafiq dah meninggal.
My reaction: Terkejut. Berulang-ulang menyebut, "Ya Allah ..Ya Allah ...Ya Allah" sedikit sebanyak menenteramkan hati saya.
Yang kelakarnya ... kelakar bila dikenangkan kembali, saya berjalan ke masjid utk memberitahu suami saya ..
"Kenapa tak telefon?" tanya suami, "kan Jamal bawa telefon ..." sambil menunjukkan telefonnya.
Err ... ohh ....
Agaknya airmuka saya blurr.... so he said, "Tak pe lah ... pergi balik berkemas, nanti lepas Isya' Jamal balik"
My sister's reaction : Cubalah bayangkan ... setelah dia dapat panggilan dari kawan Syafiq itu & setelah dia telefon Kak Ida dan Zura, dia sibuk ambil minyak gamat, ingat nak letak pada bhg yg luka, ambil air Zam-zam nak bagi anak dia minum etc ..etc....
Suddenly she received a call from her husband saying, "Suri, anak kita dah tak ada ......"
In that instant, wouldn't anyone be more than shocked ???
Half an hour ago, you're talking to your boy .... and now he's gone
BUT ... Alhamdulillah, Kak Wi & famili, keseluruhannya, kami masih ingat bahawa Syafiq adalah hak Allah swt. Kami redha Allah swt mengambil hakNya kembali
Ahmad Syafiq Abd Aziz, di kalangan kami, dia dikenali sebagai anak yg tak banyak cakap
tapi murah dgn senyuman DAN tak pernah melawan cakap org tua, terutama cakap Mamanya.
Mungkin kerana itu, setelah jenazahnya dimandikan & all the blood washed off from his body,
wajahnya nampak bersih dan tenang. Dia seolah-olah tersenyum dalam tidur .........
Allahualam.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dia diterima di kalangan org-org yg beriman. Amin.
Tidurlah tidur sayang
tidurlah dengan senyuman
kami yang engkau tinggalkan
meredhai engkau pergi
Pergilah pergi nyawa
pergi bertemu Dia
kembali kepada Pencipta
bahagia di sisiNya
Tunggulah tunggu manja
tunggu mama di sana
berkumpul kita semula
bersama-sama di syurga .........
Tiada hilai ketawa
tiada juga airmata
cuma kenangan pengubat rindu
namun kami redha, Tuhan
Engkau memanggilnya dahulu ...........
No comments:
Post a Comment