Sekarang ni dah 2 Muharram .. maknanya tahun baru Hijrah dah bermula : 1430H
Dalam masa yang sama tahun Masihi menuju ke arah penghujungnya.
Selamat tinggal TM 2008.
Apakah yg telah berlaku dlm hidup saya pada tahun 2008 ni???
Macam-macam ...
Yang paling terkesan bagi saya:-
i) perselisihan faham dgn sahabat baik (w/p cuma an eFren saya tetap menganggap dia sahabat baik) ... saya tidak mahu hal itu berulang lagi tapi perlukah sampai takut meluahkan pendapat??
Bukankah itu adat di dalam persahabatan?? Bukankah perbezaan pendapat mewarnai sebuah ukhuwah sehingga ia menjadi utuh dan unik kerana w/p pendapat berbeda, saya menerima sahabat saya seadanya. If only ... if only our frenship se"mesra" dulu ....
ii) kematian ... lepas seorang seorang saudara meninggal. Yang rapat ... bermula dgn anak buah, Syafiq, lepas tu Mak Long Gombak, kakak sulong emak saya dan lepas tu Long, abang ipar suami. Kecuali Mak Long, yang dua lagi tu memang tak disangka.
Arwah Mak Long memang dah lama sakit. Penyakit Long cuma dikesan dlm bln Ramadhan.
Dia meninggal dalam masa sebulan rawatan sedangkan doktor kata 7-8 bln. Tapi iyelah kan, doktor bukan Tuhan!!! Syafiq mmg meninggal mengejut sebab dia meninggal akibat kemalangan jln-raya. If I may choose, kalau Tuhan beri pilihlah, which I know is definitely impossible .... but I wud rather die macam Long whereby I know I'm dying & saya meninggal tanpa sempat menyusahkan org merawat saya terlantar sakit berbulan-bulan.
Sehari dua bolehlah org merawat, kalau dah berbulan, org mula mencaci maki.... kebanyakannya begitu so lebih baiklah "pergi" sebelum saya bedridden.
iii) my getaway dgn suami, walaupun cuma 2 hari satu malam, it was real special to me
iv) my children, Aisyah, Zahra & Shuib, ketiga-tiganya demam waktu periksa.
Bagi Zahra & Shuib, masing-masing periksa UPSR & PMR.
Tak sangka mereka berjaya mencapai apa yg mereka inginkan. Zahra 5A, Shuib 9A
Aisyah pun tak nak kalah ...."Ichah dapat semua A"
HeHeHe .... iyelah tu Syah
Hajar & Sulaiman je yg tak demam masa periksa ... Hajar dpt 5A (Peperiksaan Akhir Thn)
& Sulaiman peperiksaan Hafazan 20 juz.
Tahun Baru Hijrah ini apa yang saya inginkan ialah :-
i) semoga saya sihat & mendapat rezki yg halal,
agar saya dapat terus memberi sumbangan kpd MAKNA sehingga ke akhir hayat saya &
saya dapat pergi ke Makkah
ii) Semoga Allah swt terus memberi hidayah pada anak-anak, suami & saya agar kami berjaya di dunia & akhirat
DAN
iii) agar Allah swt merestui persahabatan saya.
Hanya Allah swt yg tahu apa yg bakal terjadi, apakah tahun 1430H & 2009TM akan memberi sesuatu yg bererti buat saya .. apakah sinar hidup saya semakin gemilang??? Allahualam
Walau apapun, biarlah hidup saya dalam keberkatanMU, Ya Allah. Lindungi & sayangilah saya ..... Amin.
No comments:
Post a Comment