Diri telah melakukan suatu kekhilafan yang menyebabkan sebuah ukhuwah yang terbina mulai menemui keretakan. Diri ini mulai sadar akan erti sebuah persahabatan yang ditunjukkan oleh seorang insan berhati mulia bernama sahabat. Maafkan kerana tidak menyedari apa yang telah terjadi di atas kebodohan diriku sendiri, yang telah menghilangkan sinaran sahabat sejati yang ku inginkan dan hampir ku capai. Namun atas kebodohan diri ini menyebabkan ia terlepas dari genggaman yang belum kuat memegang tali persahabatan.
Lupakan yang lalu, marilah kita bina semula ukhuwah yang sudah musnah dan perbaiki tali persahabatan yang terputus kerana persahabatan ini boleh diperbaiki dan jika kita menjagainya pasti ia tidak akan rosak seperti komputer yang begitu banyak menyimpan memori indah. Berikanlah semula sinar sahabat yang sudah malap.
MAAFKAN DIRI INI !!!
No comments:
Post a Comment