i) Siapa sumber inspirasi awak?
Sumber inspirasi tu apa ?
Contohnya, siapa yang buat awak bersemangat untuk belajar, yang buat awak rasa
suka untuk belajar, yang buat awak rasa ingin berjaya?
Ibu
ii) Siapa sahabat yang paling awak sayang?
HeHeHe
Malu ke nak beritahu?
HeHeHe
Awak tahu siapa sahabat ibu yang paling ibu sayang?
Pst ..pst .. pst
Mana awak tahu?
Sebab Ibu selalu doakan dia ...
HeHeHe ...
Memanglah kalau kita sayang pada sahabat kita, kita mesti selalu doakan dia
supaya kita sama-sama berjaya, sama-sama happy, sama-sama dapat masuk syurga,
insyaAllah.
iii) Ibu, sebenarnya Ichah dah siapkan hadiah nak bagi Ibu tapi Ichah tak nak bagi lagi ...
Apa salahnya bagi sekarang ... Zahra dah lama dah bagi Ibu. Ibu simpan je ... nanti 19 hb
baru Ibu guna
HeHeHe
Hemm..... ni apa cerita si Minah anak intan ibu ni ....
iv) Urh .. masamnya!!! (Abah yang cakap waktu dia bersandar kat Abah)
Ibu, Ichah masam ke ??
Ibu kan suka bau masam Ichah .... so .... tak kisahlah Ichah masam ke tak
HeHeHe
Anak ku .. sejuta kali pun ibu peluk & cium dalam sehari ... tetap Ibu tak rasa puas
v) Tengok sinetron - babak Si anak yg sedang sakit minta Ibunya melahirkan adik baru
untuknya. Aisyah yg baru menerima kenyataan bahawa dia adalah anak bongsu Ibu
terus mengomel :-
"Ingat senang ke nak lahirkan adik baru ....."
HeHeHe ....
Wahai anak .... mudah-mudahan Allah swt memberi hidayah padamu sehingga kamu
menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah.
"Penguasa alam .... tolonglah pegangi aku .. biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yg terkutuk & menyesatkan cintaku
Aku bukan Nabi yg bisa sempurna ... ku tak luput dari dosa
andainya ku bisa lebih adil dalam cinta
biarlah ku hidup seperti ini ... takdir cinta harus begini .....
ada kau dan dia bukan ku yg mahu
Oh Tuhan tuntunlah hatiku"
No comments:
Post a Comment