Wednesday, June 18, 2008

Jantung Hatiku & Ular Sawa

Setelah beberapa malam Aisyah demam panas dan sakit kepala,
akhirnya malam tadi dia semakin pulih. Alhamdulillah.
Pertama kali saya hadapi masalah begini.
Aisyah cuma demam pada waktu malam.
Siang hari dia sihat dan aktif seperti biasa.
Mula pukul 7 mlm suhu badan dia mula naik.
Selalunya dia cuba juga bertahan utk siapkan kerja rumah yg cikgu beri.
Juga utk makan malam walaupun dia tidak berselera.
Pukul 9.30 mlm saya beri dia ubat demam & tidorkan dia ...
Selalunya awal pagi, lebih kurang pukul 3 pagi, dia akan terjaga dan mencari saya.
Malam tadi panas badan dia tidak sekuat malam sebelumnya.
Dan dia juga kata kepala dia tak sakit sangat.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan dia semakin pulih .......
Aisyah jantung hati saya.
Saya takut kalau Allah swt cuma meminjamkan dia sekejap sahaja.
Kalau boleh Ya Allah, biarlah saya yg pergi dahulu drp Aisyah. :(

Dalam pada lega dgn keadaan Aisyah, malam tadi kami dapat kunjungan tetamu yg
tidak diundang.
Sekitar pukul 12 mlm, saya dgr anak-anak ayam kesayangan Aisyah bising.
Saya cuba suluh dgn lampu .. tak nampak apa-apa pun.
Tapi hati saya tetap tak sedap.
Saya berdoa minta Allah lindungi anak-anak ayam saya .... walaupun anak-anak ayam itu cuma binatang
Suami balik dari badminton pukul 1 pagi, terus saya minta dia periksa anak-anak ayam tu ...
Ha Engkau ... ada tetamu tak diundang dlm sangkar.
Perutnya dah kembung ... dah telan seekor & dalam proses nak telan seekor lagi.
Suami saya ketuk kepala dia sampai mati ...
"Siapa suruh telan anak ayam aku???"
Err ... Bang ... bukan ke memang makanan dia ??

No comments: