Masih ada sayang buat kamu, lelaki
yang aku nikahi
bahkan tiada pernah terlintas
melukai maupun menyakiti
Masih ada kasih untuk kamu, lelaki
yang telah bersamaku
sehingga kini
walau pelbagai liku dilalui
Maafkan aku, wanita
yang engkau nikahi
acap kali gagal memainkan peranan
sebagai ratu dan suri idaman
Maafkan aku, wanita
masih bersamamu hingga kini
sememangnya aku bersalah
sering tersilap langkah
gagal mengawal emosi
Ya Allah, maafkan aku ..........
semoga hidup dan mati kami di dalam keimanan
bahagia di bawah naungan
kerna masih ada sayang dan kasih buatnya, suami ....
*** Tamat di sini kisah kami ... tiada apa yang perlu ku bicarakan lagi
walau apa pun yang terjadi ... hakikatnya iyya kana'budu wa iyya kanasta'in ... ***
No comments:
Post a Comment