Kalau dalam solat itu kita sebut : Hidupku dan matiku lillahi taala
Maknanya segala perihal yg melibatkan hidup & mati itu adalah kerana Allah swt.
Dalam soal hidup, segala perilaku hendaklah mengikut batas-batas agama atau syariah,
barulah dikatakan hidup kerana Allah swt.
Kalau kita melakukan sesuatu yg Allah swt benci, bagaimana kita hendak mengaku
kita hidup kerana NYA.
Makanya, kita wajib menjaga tanggungjawab kita agar Allah swt tidak murka,
tanggungjawab kepada Allah swt, tanggungjawab kepada Rasul saw, tanggungjawab kepada keluarga (anak, isteri/ suami, ibu bapa, adik beradik dll), tanggungjawab kepada jiran
dan tanggungjawab kepada masyarakat serta makhluk Allah swt yg lain.
Mudah-mudahan, saya dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan baik.
Mudah-mudahan, Allah swt tidak murka pada saya. Saya cuma mengharapkan pengampunan dari MU, Ya Allah agar saya dapat bertemu dgn MU & Rasulullah saw dengan wajah berseri, Amin.
No comments:
Post a Comment