Monday, May 26, 2008

Air Muka & Kawan Lama

Kadang-kadang, air muka orang mempengaruhi mood kita.
Bila kita jumpa atau pergi rumah orang, disambut dengan senyuman
apalagi kemesraan, tentu saja kita rasa selesa. Mood kita jadi ceria.
Tapi kalau kita jumpa orang, mukanya masam atau senyumannya tawar
tentu kita rasa tak selesa ... cepat-cepat kita nak beredar.

Begitulah keadaannya hari Sabtu yang lalu. Sebenarnya saya bukan nak masuk pun
tapi sebab hari hujan jadi staff kat situ pelawa saya masuk.
Staff ni memang ramah ... senyum aje.
Begitu juga dengan Datuk TV9 yang masuk tidak lama kemudian.
Err... Datuk TV 9 ?? HeHeHe
OK, OK, pembetulan, Datuk XXX orang kuat TV9
Beliau pun murah dengan senyuman.
Yang muka semacam, menjeling macam orang tak suka je ... itu adalah seorang staff wanita yang duduk nun jauh di sana. Entah apa yang dia tak suka entah ...
Bilik Urusetia tu sikit punya luas, kami tak ganggu pun ruang dia melepak. Dan kami bukan buat bising pun. Juga tidak ada barang berharga di kawasan kami duduk itu yang dia takut kami ambil atau curi .... Pokoknya memang tak faham kenapa dia pandang kami semacam.
Tapi kami beredar sebelum hujan berhenti.
Kami singgah di bilik urusetia TV9 tu pun utk tanya tentang member suami saya.
Kami nak tahu dia ada kat mana.
So ... sempatlah suami jumpa member lama dia tu ... sempat bergambar lagi.
Bergambar dengan selebriti, ahaks.
Bila saya tunjuk gambar lama mereka ..anak saya kata, "Tak serupa pun Bu, muka dia ..."
"Ye lah .. itu zaman muda..."
HaHaHa.... dah tua dah kita ye .....
Tak sangka dia masih ingat nama saya.
Sebenarnya dia kawan saya juga ... kami satu grup, DLP1.
Suami saya masuk DLP2 (walaupun dari segi initial dia patut masuk DLP1) kerana dia terlambat mendaftar diri.
Nice to see you again Prof. Glamour you sekarang ye ??

Hemm ... Yup, walaupun we look very much older ... we're still the same persons we were.
Duk HahaHa.. HuHuHu .. HeHehe je ....
Tapi looking at him reminds me I really need to get rid of these extra 6 kgs.
Aduhai ...... for someone so malas to exercise ... Hemm....

No comments: