Sunday, February 24, 2008

Ahmad Shuib

Hari ni bawa Ahmad Shuib pergi klinik sebab dia kena jangkitan kuman.
Lepas tu Abah dia bawak dia balik ke rumah.
Makanya, hari ini lah Ayam pemalas tu menjadi korban
Saya masakkan sup ... kata org sup ayam adalah remedi yang baik utk orang yang kurang sihat,
mungkin kerana zat dari ayam, halia, lada hitam dan rempah ratus yang kita gunakan dalam
sup tu sesuai utk tingkatkan pertahanan badan.
Sebelum hantar Shuib balik ke asrama, suami cadangkan supaya saya bekalkan sup tu buat Shuib.

Sebelah petang, si minah dua orang tu kelaparan.
"Kenapa tak makan roti dengan sup ... sup kan ada ??" tanya Abah mereka.
Lepas tu saya perasan dia bukak periuk ....
Hah ?? "Ibu ni pun ..."
Saya senyum aje ....
"Ya yang ambik sendiri .... saya nak solat, saya suruhlah dia ambik sendiri ..."
" tak pe lah ...." sambung saya.
Saya tengok suami saya pun tersenyum ..
Iyelah kan ... sekali sekala dapat lauk masakan ibu, lagipun kat asrama nanti ada 19 orang lagi
takut jadik macam dulu ... "Uib dapat kuah aje ...."
Kesiannya lah anakku ini ...
Waktu dia di sekolah rendah pun dia pernah merungut ....
"Uib yang bawak bekal ... uib tak dapat rasa sikit pun ..."
Terpaksalah saya pujuk dan masakkan kuih udang khusus untuk dia.
Hehehe ... Ahmad Shuib, Ahmad Shuib ....
Semoga Allah memudahkan kamu menghafaz ayat-ayatNYA dan kamu berpegang kepada ayat-ayat itu hingga ke akhir hayatmu. Amin.
Semoga kesemua anak-anakku berjaya di dunia dan di akhirat.
dan semoga suami dan anak-anakku dimuliakan di dunia dan di akhirat ... Amin

"Ya" adalah nama timangan utk Ahmad Shuib tapi saya sorg je yg boleh guna nama timangan itu, walaupun semua org tahu siapa yg saya maksudkan bila saya sebut "Ya"
sebab .. perkataan "Ya" saya dapat dari lagu nasyid "Ahmadduya habibi ya habibi ... salammunalaik ..... " :-)

No comments: