Friday, September 28, 2007

Cahaya Keimanan

Tenanglah tenang wahai hati
sejuk sesejuk air di kali
fajar menyingsing lagi .....

Senyumlah senyum wahai jiwa
ceria seceria Sang Suria
waktu dhuha mula menyapa .....

Tunduklah tunduk wahai kalbu
sunyi sesunyinya malam
waktu aku mengadu padaNYA

Hati nan tenang
merendah diri rebah ke bumi
sujud menyembah ilahi

Sayu ....
Airmata mengalir tanpa sengaja
menyerah pada Pencipta, aku milikNYA

Segala yang berlaku atas izinMu
airmata, senyuman ceria
kasih dan benci

Moga sanubariku berseri
bukan kerana mewahnya harta
tapi dari cahaya keimanan
dengan limpahan rahmat dari DIA

No comments: