Bertudung litup
wajah yang cantik
senyuman nan manis
sabar, melayani suami
lembut, mengasuh anak-anak
di mata dunia, dialah sebaik-baik wanita
Siapa sangka ada percaturan dalam kotak akal
siapa tahu ada rahsia di dalam peti hati
siapa sadar yang tersembunyi dari khalayak
di sebalik sandiwara keluarga sempurna
Wahai perempuan, apa maumu ?
tidakkah cukup harta yang ada ??
tidakkah puas nikmat bahagia ???
ada lagikah yang kurang ?
tidakkah insaf pada api menjulang ??
bakal rentunglah jiwa nan curang
Wahai perempuan, apakah nafsu mengatasi iman ??
telah hilangkah pertimbangan ???
bukankah dulu ....
matlamat hidupmu .... menuju Allah
misi dan visi dalam keredaanNya
mengapa berubah ???
Aku tahu hidupku penuh sandiwara
aku tahu hatiku terpalit noda
jiwaku bergelumang dosa
apakah Tuhan membuka pintu
bagi wanita terlaknat, seperti aku
Pertimbanganku hilang bila dahan kesabaranku patah
peganganku goyang bila tali harapanku putus
keseorangan menjadikan aku mangsa hasutan syaitan
andai aku mengasihi kerana Allah
siapakah yang mengasihi aku kerana Allah ???
Masihkah aku ..... disayangi Allah ???
No comments:
Post a Comment