Monday, May 28, 2007

Kepada Yang Tidak Mahu Diganggu

Kepada yang tidak mahu diganggu ......
saya mohon ampun dan maaf
ampun kerana sering mengambil waktumu
maaf kerana tidak menyedari
bahwa "gangguan" saya menyakitkan hati

Kepada yang tidak mahu diganggu ....
saya janji tidak akan menganggumu lagi
semoga kamu dilindungi selalu
disayangi Allah,
bahagia dunia akhirat

Akan selalu saya ingat
setiap pesan dan nasihat
yang pernah kamu ucapkan dulu
akan selalu saya doakan
seperti yang pernah saya janji
sehingga saat dipanggil illahi

Maaf .... saya mohon
berbanyak maaf
ampun .... saya pinta
beribu ampun
dari hujung rambut ke hujung kaki
dzahir dan bathin
kepada kamu yang tidak mahu diganggu ...........

No comments: