Thursday, January 25, 2007

Rindu Menyapa Lagi

Rindu menyapa
tatkala hati gundah gulana
ingin sekali mengadu pada dia
tentang airmata yang mengalir lagi .....

Rindu kembali lagi
ingin sekali seperti dulu
walau seketika cuma, di layar maya
berbual kisah suka duka

Rindu menyapa lagi .... aku insafi
hikmah dia tiada di sini
TUHAN mahu aku mengadu hanya padaNYA cuma
dan TUHAN hanya mahu airmata mengalir dalam hati ... kisahku peribadi
ALLAH yang sentiasa di sisi ... paling setia menemani

No comments: