Friday, December 29, 2006

Pengembara 2007

Selamat tinggal 2006
melangkah masuk 2007
mengembara lagi
meniti hari
malu .....
insaf .....
perjalananku diperhati
diriku berlumuran kotoran dan daki
hinanya aku .....

Aku pengembara
senyum dan tawa, sedekah murah pada dunia
airmata biar tersembunyi, mengalir dalam hati
mengadu tidak, pada manusia
mengeluh tidak, pada PENCIPTA
menyedari .....
tidak layak aku mengharap
lembut hamparan permaidani
indah taman syurgawi ......

Pengembara 2007
mohon, walau tidak berteman ........
pengembaraan direstui TUHAN

Last nite , a brick fell from our roof, missed me by a few inches
Yup .. a few inches
Nope ... NOT one inch BUT a few
So .. NO fretting !!!
Just wondering how that brick fell fr the roof.
I heard a loud bang like an explosion so I rushed out calling for Aisyah.
Then the brick fell thru the ceiling ...
at the spot where I was standing !!!
Hemm ... if I'm a cat .... how many lives have I got left ???
A neighbour came to check ... he said not to worry, "bukan org nak skodeng"
Huh ??? I wasn't even thinking about people "skodeng" thru the ceiling.
I'm just wondering HOW did that brick fell thru the roof ???

Tuesday, December 26, 2006

You'll Always Be No. 1


You'll always be my number one
always be that special person
Even if your siblings seem better off than you
you'll always be the best for me .....
coz you were the first who came to unite us

May ALLAH guide and protect you always ............


Saturday, December 23, 2006

Dia - Jiwa

Kamu mencari dia ??
kamu ingin membawanya pulang ???
carilah .....
apakah kamu nampak wajahnya pada cahaya ??
atau kamu dengar hembusan nafasnya pada angin ??
apakah kamu dengar degup jantungnya seiring gema suara alam ??

Lihatlah dia mengisi setiap ruang
kerana setiap zarah dalam ruang ini punya dia
apakah kamu mampu mengambilnya
apakah kamu berdaya membawanya pulang ??
silakan .....

Kamu yang mendabik dada berbangga dia milik kamu
Ya .. tambatlah hatinya
penjarakan jasadnya
apakah kamu sadar??
semangatnya bersama aku ... di sini
dalam cahaya, dalam lembut syahdu tiupan angin
dalam setiap zarah pada ruang ini .... ada dia !!!

U can imprisoned a man's body but not his mind and spirits, or his soul .......

Thursday, December 21, 2006

Kenapa ???

Amaran angin kencang telah dikeluarkan.
Kami yang tinggal berhampiran dgn pantai memang dapat merasakannya.
Tiupan angin kencang yang menerbangkan atap zink,
menumbangkan pokok dan melayangkan apa saja yang ringan.
Saya bukan risaukan kami yang berada di Pekan.
Saya risau tentang Sulaiman. Sekolah dia dekat dgn sungai & dekat dgn laut.
Pantai Batu Hitam ... tempat org Kuantan berpesta cari kerang, sekolah Sulaiman
dekat dgn pantai itu ....
Bukanlah saya menganggap ia satu amaran sbb bak kata penduduk kat situ,
pesta kerang mmg berlaku setiap kali musim banjir, cuma .... entah kenapa
hati saya resah ...

Sebenarnya sudah beberapa malam saya rasa tidak sedap hati & setiap kali saya rasa begini,
airmata saya mengalir tanpa dapat saya kawal ... laju mencurah-curah
Supaya org lain tidak perasan, saya terpaksa tutup muka saya dgn bantal
atau menangis dalam bilik air.
Anehnya, saya rasa kesedihan saya bukan kerana Sulaiman sahaja
Kenapa ???
Ya ALLAH ..... maafkan aku
kenapa aku seperti ini ........ ???

Pantun Untuk Teman

Anak muda pergi ke pekan
pergi ke pekan mencari ubat
kalau diri dilupakan teman
apalah daya dapatku buat

Pergi ke pekan mencari ubat
ubat luka tertusuk sembilu
apalah daya dapat ku buat
ku titip rindu di angin lalu

Ubat luka tertusuk sembilu
disapu lembut sampai ke bahu
aku merindu di angin lalu
apalah guna teman tak tahu

Ubat disapu sampai ke bahu
moga-moga cepat sembuhnya
biarlah saja teman tak tahu
tetap ku doakan kesejahteraannya

Wednesday, December 20, 2006

My Fav Love Song

This love song can go both ways ... love for ALLAH swt or love for that special someone .....


Tiada sehari yang berlalu
tanpa ku mengingatiMU
rindu padaMU
sentiasa mendambakan kasih dan sayangMU
semalam aku bermimpi
di dalam hujan ku berlari
berlari mencari memanggil-manggil namaMU
namaMU yg sempurna

Ku harap dan ku berdoa
semoga dapat bersua dgn MU

Tiada kata yg dapat mengambarkan
perasaan yg ku alami ini
cintaku ini tiada berbelah bagi
cinta yg suci & abadi

Apakah aku diterima
atau KAU kan membiarkan saja
kerana ku berdosa
jgn biarkan ku terhina
ku merayu padaMU

Tuesday, December 19, 2006

Miracles

"There can be miracles
when you believe ....... "

I'm hoping for the miracles of love
to replace the pain of hate
please let peace be in each hearts that live
I'm praying for the fightings to stop ....
and the children can laugh and play
let the children grow up
learning how to build a better community

No .. this is not a poem
this is the cry in my heart .....
No .... Not just over Palestine, Iraq & Afghanistan
also in this "peaceful" country of mine ..............
anak-anak membesar tanpa wawasan
Why ??? Why ??? Why ???
I wish I cud do much more .........

And I'm also hoping for another miracle ......... May ALLAH swt help me .........
Maafkan aku Ya ALLAH kerana terlalu mengharapkan ia menjadi kenyataan ...
Aku pasti dan yakin ENGKAU lebih tahu apa yg baik utkku ..... but I could not help hoping
for it ... :-(

Friday, December 15, 2006

Angin Ribut Musim Tengkujuh

Angin kencang
musim tengkujuh ......
janganlah membawa khabar malang
tentang nelayan yang tidak pulang
atau tentang perahu karam
ke manakah anak-anak hendak mengadu
bila tempat mereka bergantung hilang ???

Angin kencang
ribut ......
janganlah mengirim berita sedih
tentang pokok tumbang
atau rumah ranap
ke manakah anak-anak hendak berteduh
bila tempat mereka berlindung roboh ???

p/s Angin kencang dah kembali ke Pekan .... agaknya sampai ke selatan tanah air tak ???
ada pasu-pasu pecah lagi ke ???

Thursday, December 14, 2006

Apa yang kamu lihat .... ???


Penaku Patah

Maaf, surat yang kamu tunggu
tidak kesampaian
kerana ia masih lagi di sini
masih denganku

Bukan .. bukan buntu
tapi entah bagaimana
penaku patah
segala agenda tergendala sudah
semua catatan berserakan bagai sampah

Pasti .... akan siap juga akhirnya tulisan ku ini
cuma terlewat ....
maaf .... kerana pena kesayanganku patah
rancangan kita tertangguh kini
gawat !!!
aduhai .... aku merayu ....
janganlah marah

p/s buat yang berkenaan .. sabar ye ... ada hikmahnya kot
boleh kirim sekali dgn ucapan Selamat Idul Adha ... HeHeHe .. PEACE !!!

Wednesday, December 13, 2006

Tiada Pengganti

"Di manakan ku cari ganti
serupa dgn mu ???"

Eh ..tak ..tak ..tak
itu lagu Allahyarham P.Ramlee ..
Saya bukan nak cari pengganti.
Saya tidak pernah mencari pengganti ..... kerana yang datang itu BUKAN mengganti !!!
Contohnya, kawan-kawan saya .... memang saya tidak punya ramai kawan rapat pada satu-satu masa, mungkin sekadar 2 atau 3.

Di sekolah rendah ada T S E, ada S K, ada N G H ;
di Sek Men (Ting 1 - 3) ada R , tak de yg sanggup duduk di sebelah dia kerana "she's too quiet" justeru itu mereka memaksa saya duduk di sebelah R.
Surprise Surprise .... she's got the sweetest smile (to me) & kami duk giggle-giggle selalu. And there is L B K yg buat saya terkejut masa tgk parade dgn keluarga.
Ada ke dia tepuk belakang saya, nasib baik saya tak terjerit, "Mak .. !!"
Huh ??? cuba bayangkan kalau saya terjerit di tgh org ramai, malam-malam buta tu ???

Bila masuk asrama saya rapat dgn An, Ros & Lela.
Lela sbb kami berdua terlibat dlm Persatuan dan Kelab yg sama & kami suka bernyanyi.
Jadi Kadet Polis pun dgn Lela.
An & Ros ... sbb kami sama-sama pendatang baru di asrama itu (pada waktu itu) .

Masuk UKM, An masih menjadi sahabat baik saya , aka "kembar Ina"
dan Kak Ana.
Di UTM pulak, saya rapat dgn Sabariah dan Haslina. Kelakarnya saya dan Haslina sama-sama membahasakan diri Ina. Walaupun kami berdua faham bila kami berbual, org yg mendengar pasti kebingungan. "Hei .. Ina dgn Ina, ni bercakap pasal Ina yg mana satu ni ha ???"

Pas tu kerja ... saya rapat dgn Halimah & Hasni .... tukar ke Kuala Pilah, saya rapat dgn
Wee. Tukar ke Ktn, saya rapat dgn Zainab; tukar ke Pekan, saya rapat dgn Juliana

And now ??? Ke manakah mereka semua ???
Wo bu zhi dao
kecuali An dan Lela .. yg lain telah menghilang

Dan dua org sahabat yg saya kenal melalui internet juga sedikit demi sedikit mula menghilang
di dalam kesibukan mereka masing-masing
Apakah saya akan mencari pengganti ???
NO !!! TIDAK !!! Wo bu yau
Tiada yang dapat mengganti kerana setiap seorang dari mereka UNIK buat saya
Biarlah tiada pengganti. Memang saya tidak ingin mencari pengganti.
Saya hargai mereka sehingga saat saya dipanggil pergi.

Semoga kalian berjaya di dalam mengejar cita-cita ... berjaya dalam hidup
dan berbahagia selalu, insyaALLAH ... Amin
And to my non-muslim frens, May ALLAH swt give you hidayah in seeing the TRUTH and the right way of life. Amin, Amin, Ya Rabbalalamin.

Permata Tertimbus

Sebutir permata
cahayanya berkilau, indah
tiba-tiba terjatuh
tertimbus dek tanah

Sebutir permata
menunggu ketika
ia dipungut orang
bakalkah datang ?

Sebutir permata
siapakah yang sudi
mengilapnya kembali ??

Permata yang tertimbus dek tanah
hilang nilainya
hilang cahaya
mampukah berseri bak sediakala???

Alam Kerengga

Alam kerengga ... ada Sang Permaisuri, Rani .. kerja dia tak de lain
makan, makan dan makan. Pas tu bertelur banyak-banyak.
Tak ke boring ??? Tak glamour langsung walau digelar Rani

Lepas tu ada Pak-pak Menteri .. yg bertugas utk memastikan para pekerja tak ponteng kerja
kira macam mandor la jugak kan ???
dan juga memberi amaran bila ada penceroboh. SERANG!!!

Kemudian kita ada pekerja yang bertugas mencari makanan dan bala tentera
yang bertugas menyerang penceroboh.

"Tuan, kita mesti pindahkan Rani sebab manusia tu sedang berusaha mencantas semua dahan-dahan tempat kita bersarang Tuan"
"Apa ??? Berani dia buat gitu ???Kita serang dia habis-habisan !!!"
"Sudah Tuan, kami dah serang mereka .... masuk dalam baju, dalam seluar, dalam kain, dalam ....."
Ehh.... CUT !!! censor censor.. kang tak lulus lembaga penapis. Ok sambung... ACTION !!!
"Macammana sekarang Tuan ??"
"Wei .... berani ko gigit aku.. nanti ko .... aku buang sarang ko"
"Alamak .... Rani ..hei jangan bawak lari Rani kami .. hei pulangkan Rani kami..hei "
Sob ! Sob ! Sob!
"Sampai hati kamu bunuh Rani kami .... Waa "
"ha ... masuk lah lagi dalam baju, dalam seluar, dalam kain, dalam ..... "
Shh !!! Censor !!!

Keputusannya :-

****************
Manusia akan tetap menang walau diserang berjuta kerengga.
Pokoknya BERTAHAN !!! ... janji dapat kutip rambutan berbakul-bakul. HeHeHe

Tuesday, December 12, 2006

Anganku Berhenti Di sini

Aku pernah berangan
menjadi teman
terbang beriringan
meriah di kayangan
riang di awangan

Tersedar dari lamunan
aku masih di sini
sedangkan enggang telah lama pergi
lalu
anganku berhenti
tidak mungkin beriringan lagi
tidak mungkin meriah berkumpul
tidak mungkin riang sama-sama bersiul

Anganku berhenti di sini
pergilah kamu menghilangkan diri
pergilah jauh menerjah Sang Bima Sakti
aku pipit yang tinggal di bumi
hanya layak bermain di sini

Sunday, December 10, 2006

Bukan Penyair Bukan Penulis ???

Aku bukan penyair
aku pencerita
yang mengkhabarkan
kisah suka duka
seorang wanita tua

Aku bukan penulis
aku pelukis
yang melakarkan
gambar airmata kecewa
seorang perempuan hina

Bagai Bintang

Bintang berkerdipan
di malam nan terang, bulan mengambang
hilang dari penglihatan kala hari hujan
atau dek perubahan fasa peredaran
bintang walau kadang terlihat, kadang tidak
hakikatnya tetap ada
nun jauh di sana
di angkasaraya

Aku
bagai bintang itu
walau tidak dalam pandangan
tetap hadir .....
tetap sahabatmu
walau dilupakan
walau tersisih jauh

Aku bagai bintang
sampai saat cahayanya terpadam
kerana terjatuh ke dalam lohong hitam
mungkinkah ada yang ingat
pada bintang
yang telah hilang ???

Friday, December 08, 2006

Ikhlas tapi jauh

Lirik lagu ini khas buat teman yang ikhlas tapi jauh ......

Ikhlas Tapi Jauh - Zainal Abidin
*****************************
Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
terdengar nada yang riang ria

Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya
Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...Jauh...

Wednesday, December 06, 2006

Silap Cetak

Hidup penuh penyesalan
meskipun sedar ianya suratan
qada' dan qadar TUHAN

Pilu menghitung kesalahan
muhassabah diri
bagai menyunting kesilapan percetakan
dalam sebuah biografi

Bertekad mara,waspada
ke mana perginya proofreader ???
menghilang pulakah dia ???
tolonglah tuan .... semak langkahku ini
agar tiada yang tersilap cetak lagi

Bersatu

"Tiada kata yang dapat mengambarkan
perasaan yang ku alami ini
cintaku ini tiada berbelah bagi
cinta yang suci dan abadi "


" Isn't she lucky this hollywood girl
she's so lucky she's a star
but she cries, cry, cry in her lonely heart at nite
If there's nothing missing in my life
then why do these tears come at nite .... "

Bila syair dan puisi berlagu
bila irama dan lagu bersatu
biarlah bukan kerana nafsu dan ghairah
bahkan serentak, berdetak kerana illah

Tuesday, December 05, 2006

Just .....


Just ....... Posted by Picasa

Mimpi Semalam

Mimpi semalam
meninggalkan aku
kepiluan
mengejutkan aku
keresahan
menyedarkan aku
kerinduan

Mimpi semalam
menginsafkan aku
menyakinkan aku
hidupku di tangan TUHAN
aku akui ..... aku taati
aku serahkan kembali
setiap detik dan langkahku
mengikut ketentuanMU TUHAN