"Di manakan ku cari ganti
serupa dgn mu ???"
Eh ..tak ..tak ..tak
itu lagu Allahyarham P.Ramlee ..
Saya bukan nak cari pengganti.
Saya tidak pernah mencari pengganti ..... kerana yang datang itu BUKAN mengganti !!!
Contohnya, kawan-kawan saya .... memang saya tidak punya ramai kawan rapat pada satu-satu masa, mungkin sekadar 2 atau 3.
Di sekolah rendah ada T S E, ada S K, ada N G H ;
di Sek Men (Ting 1 - 3) ada R , tak de yg sanggup duduk di sebelah dia kerana "she's too quiet" justeru itu mereka memaksa saya duduk di sebelah R.
Surprise Surprise .... she's got the sweetest smile (to me) & kami duk giggle-giggle selalu. And there is L B K yg buat saya terkejut masa tgk parade dgn keluarga.
Ada ke dia tepuk belakang saya, nasib baik saya tak terjerit, "Mak .. !!"
Huh ??? cuba bayangkan kalau saya terjerit di tgh org ramai, malam-malam buta tu ???
Bila masuk asrama saya rapat dgn An, Ros & Lela.
Lela sbb kami berdua terlibat dlm Persatuan dan Kelab yg sama & kami suka bernyanyi.
Jadi Kadet Polis pun dgn Lela.
An & Ros ... sbb kami sama-sama pendatang baru di asrama itu (pada waktu itu) .
Masuk UKM, An masih menjadi sahabat baik saya , aka "kembar Ina"
dan Kak Ana.
Di UTM pulak, saya rapat dgn Sabariah dan Haslina. Kelakarnya saya dan Haslina sama-sama membahasakan diri Ina. Walaupun kami berdua faham bila kami berbual, org yg mendengar pasti kebingungan. "Hei .. Ina dgn Ina, ni bercakap pasal Ina yg mana satu ni ha ???"
Pas tu kerja ... saya rapat dgn Halimah & Hasni .... tukar ke Kuala Pilah, saya rapat dgn
Wee. Tukar ke Ktn, saya rapat dgn Zainab; tukar ke Pekan, saya rapat dgn Juliana
And now ??? Ke manakah mereka semua ???
Wo bu zhi dao
kecuali An dan Lela .. yg lain telah menghilang
Dan dua org sahabat yg saya kenal melalui internet juga sedikit demi sedikit mula menghilang
di dalam kesibukan mereka masing-masing
Apakah saya akan mencari pengganti ???
NO !!! TIDAK !!! Wo bu yau
Tiada yang dapat mengganti kerana setiap seorang dari mereka UNIK buat saya
Biarlah tiada pengganti. Memang saya tidak ingin mencari pengganti.
Saya hargai mereka sehingga saat saya dipanggil pergi.
Semoga kalian berjaya di dalam mengejar cita-cita ... berjaya dalam hidup
dan berbahagia selalu, insyaALLAH ... Amin
And to my non-muslim frens, May ALLAH swt give you hidayah in seeing the TRUTH and the right way of life. Amin, Amin, Ya Rabbalalamin.
No comments:
Post a Comment