Tuesday, February 28, 2006

Aku Anak Melayu

Melayu mudah lupa ???
Tidak, saya tidak lupa
masih ingat pada asal usul
masih berpegang pada adat budaya
mungkin terlupa budi bahasa
sampai nenek tua pun saya maki
hanya kerana dia tidak berjalan di tepi

Tergesa-gesa nak kemana??
Kamu tanya saya ??
apa lagi ... saya nak pergi konsert Mawi
Huh ???
Hey ...kan tengah WORLD
apa dia ???
World yg lagi satu....???
Aduhai ..yang itu boleh tunggu ...

Ya ..saya lupa
satu hari nanti saya akan seperti dia
nenek tua yang tidak berdaya
yg ada padanya cuma semangat yang kuat
selagi bernyawa masih rela
tubuh lemah dibasahi keringat
membanting tulang empat kerat

Kemana perginya
anak dan cucu
sanggup mereka membiarkan kamu begitu
Saya ???
terhenti langkah tak jadi pergi konsert
saya tarik balik segala makian
saya bantu nenek menyeberang jalan

Nek .... lain kali pakai baju merah Nek
biar terang nampak dek orang
tak lah nenek asyik kena singgul
tak dipedulikan orang yang lalu-lalang
Cerita sikit Nek
bagaimana semangat mu tak pernah hilang ???

Saturday, February 25, 2006


Aisyah and Shuib on his Birthday Posted by Picasa

Mimpi

Kerana mimpi
sebuah tangisan memecah sunyi malam
tidak mahu tidur
kerana takut ia menjadi kenyataan

Sebuah mimpi
yang menganggu ketenangan
memberi gambaran betapa sukarnya
sianak hendak melepaskan

Bagaimana hendak ku terangkan
bukan hak aku untuk menentukan
bila saatnya aku dipanggil pulang
bila waktunya malaikalmaut itu datang

Seandainya mimpi itu benar, ketahuilah anak
ibu amat menyayangimu
jadilah anak-anak yang soleh
ingatlah ALLAH selalu

ibu sentiasa di dalam hatimu
selagi kamu ingat
janganlah kamu putus semangat

hiduplah dalam ceria
kerana ibu tidak mahu kamu menderita
dan janganlah kamu biarkan ibu disiksa
kerana dosa-dosa ibu yang tidak kamu ampuni.
redhakanlah ibu pergi .......

Dialah

Dialah yang paling suka
mengucapkan,
"Selamat Hari Lahir"
pantang tahu
dialah yang dulu

Dia yang paling dulu
mengingat,
"Hari ini hari jadi ibu...."
bersemangat
menunggu di pintu
"Abah tak beli kek ???"

Sebetulnya .... dia yang paling suka
meniup lilin
menjilat krim
yang paling suka buat ibu ketawa ...........
juga yang buat ibu jadi 'Monster'

******************

Err ...ni puisi apa ni ekk ???

Thursday, February 23, 2006

Warkah untuk Anak

Assalamualaikum,

Wahai anak ,
Semoga sihat walafiat. Ibu sangat rindu pada awak.
Anak sihat kan ...???

Sebenarnya ibu tulis surat ni sbb ibu nak awak tahu ibu sayangkan awak.
Walaupun awak berada di asrama, ibu selalu ingat pada awak.
DAN sebenarnya ibu bangga dgn anak ibu.
Ibu tak harap Anak dapat A atau dapat markah tertinggi dlm semua pelajaran.
Yang penting anak dah berusaha sebaik-baiknya.

Yang paling ibu harapkan, awak jadi anak yg SOLEH.
Ingat!!! setiap ayat Quran yg anak baca itu ada saham di akhirat nanti.
Mmg susah menjadi Hafiz sbb itu ganjarannya besar.
DAN ingat juga seorang Hafiz perlu sikap hafiz juga.Sbb itu jaga lah tingkah laku selayak seorg Hafiz, supaya setiap amalan benar-benar mendapat ganjaran yg tinggi di akhirat nanti.
Walau ganjarannya tidak nampak di dunia, tapi di akhirat .... lumayan!!!

Janganlah fikir ttg apa org kata atau apa org beri ........ yg penting 'Taman' akhirat awak luas
dan indah.
Anak, ibu tak nak awak jadi spt anak-anak murid ibu yg hidup sia-sia kerana tersalah pilih kawan ....... pilihlah kawan yg sentiasa mengingatkan awak utk beramal soleh...bukan kawan yg mengajak awak leka dunia.

Apapun..ibu tetap sayangkan awak......
Ibu mintak maaf sbb selalu marahkan awak....
Ibu mintak ampun dan maaf
DAN maafkan Abah jugak ..dia bukan berniat nak bandingkan awak dgn adik, tujuan dia hanya utk menaikkan semangat awak utk bersaing secara sihat dgn adik. Semoga kedua-dua anak lelakinya berjaya. Awak tahu sebenarnya dia tersangat bangga awak boleh jadi imam pada usia 14 tahun.

Berusahalah utk kejayaan dunia dan akhirat tapi utamakan akhirat drp dunia.
Semoga ALLAH memberi awak 'Taman' yg luas di akhirat nanti....insyaALLAH.

Terbanglah tinggi tapi sesekali turunlah ke bumi.
Ingat pada orang-orang yang ditinggalkan dan ingat pada orang yang nasibnya lebih malang ....

Wassalam,

Dari Ibu yang sangat merinduimu

I was once a kid too

Yes, I was once a kid too
but I was not like you
I was the kid who prayed to GOD
to please let me break free
take me away from all the screams and shout
music to my ears everyday
GOD, pliz take me away.........

So GOD granted my wish
and sent me to a boarding school
absence made the heart grow fonder
my relationship with my father got better
I began to see his side of the story
and understood that many things
were just not what it seemed to be

Now I'm a mother I often wonder
since parents made us who we are today,
what kind of people my kids are going to be
having a mother like me .....

Or am I just repeating
my parents' history???

Sunday, February 19, 2006

Terbanglah Terbang

Terbanglah terbang
terbang sampai ke bintang
terbanglah menuju matahari
tercapai, segala cita di hati

Terbanglah terbang
terbang tinggi-tinggi
terbang meredah angkasa
berjaya, impian terlaksana

Terbanglah nun jauh di sana
saya tumpang gembira
melihat kamu bahagia
Cuma .....
sesekali .....
mahukah kamu turun ke bumi ??
menjengah saya di sini

Batu

Batu
tiada mata untuk melihat
tiada mulut untuk berkata
tiada telinga untuk mendengar
Namun batu kejadian illahi
menjadi saksi
satu peristiwa
sakit ?
ada kepala terhentak ke batu
luka?
ada kaki tersepak tunggul kayu
ada alamat pada yang bakal berlaku ???

Friday, February 17, 2006

Missing You ......


Happy 13th Birthday Angah,
Also to Bang Long
Last but not least .... to 'Hang Tuah' yg sedang bertapa di Gunung Ledang ........ahaks.

Thursday, February 16, 2006

Handaian Kita

Manis mulut
penyedap hati
tidak lahir dari nurani

Gemersik suara
berlagu merdu
bukan irama dari kalbu

Tersentak tersilap menduga
sesal mendesak
tersalah kata

Sayu hati melangkah
berlalu pergi
perlukah .... ???

Kembali menyedari
besarnya kasih kurniaan illahi
walau jurang memisah luas
walau tinggi tembok berdiri
ke mana jua,
doaku mengiringi .......
bukankah handaian kita
tiada mengharapkan balas.

Tuesday, February 14, 2006

Carikan saya .....

Teman,
carikan saya sebutir permata
paling istimewa ....
terselit di antara jutaan pasir
berkilau gemerlapan
berseri ....
jelas hanya pada jauhari

Teman,
permata paling istimewa
lambang persahabatan kukuh, ikhlas dan jujur
lambang persahabatan di zaman Nabi
tiada lagi seumpamanya di dunia ini
Ingin sekali saya miliki .....
permata paling istimewa
walau tidak sama,
mirip pun tidak mengapa

Teman,
permata itu ... ada pada kamu ???

Next time you buy a car, will you pliz check its registration plate or else you might need to make some clarification ............  Posted by Picasa

Sunday, February 12, 2006

My Prayers ... for My Fren

My prayers ....
it's all I can give
for I can't help you in anything else
Just in offering you my prayers

YES..I'll pray for you, my fren
as I told you that I would
Not to make the world out it ...
JUST to let you know
that in all your hardships
you are not alone
you've got a fren who prays for you
CRYING .....
your name mentioned in every prayer
HOPING ......
ALLAH will help you make it through

NO... I do not need anything in return
JUST your frenship
that is worth more than anything in this world
and knowing that you my fren
lives in prosperity and harmony
and ALLAH bless you ALWAYS .......

Saturday, February 11, 2006

Aisyah's Teddy


Aisyah's Teddy Posted by Picasa
What is Aisyah's Teddy doing here ???
HeHe ...that is between me and my fren from "Night Sky"
Anyway .. it doesn't look so bad in here, kan......like fotogenik lak
Or is it my sewing skills ???
Just for sewing teddies ONLY ..... ROTFL

Thursday, February 09, 2006

Monday, February 06, 2006


Fire ! Fire ! Posted by Picasa
Man : Err.... too much gas ... Sorry

Saturday, February 04, 2006

Jokes & Songs

At a time when I'm depressed, jokes and songs always help me feel better.
And of course .. as a muslim....ngadu pada TUHAN helps a lot too !!!

Usah kau berpura
Di sebalik kata
Kerana ku tahu siapa diriku
Tak perlu merayu
Dengan pujukanmu
Biarkanlah saja semuanya pergi
Cukuplah sekali
Kau menghiris hati
Menghancurkan kasih
Yang lama terbina
Seandainya masih
Ada cinta lagi
Lupakan oh sayang
Hasrat dan perasaanmu

Rindu nan membara
Nyala dan membelai jiwa
Tiada berteman
Sepinya berpanjangan
Resah dan gelora
Jadi sahabat derita
Berakhirlah sandiwara
Kisah dusta dan dilema
Pintaku semoga kau sedar kesilapanmu

Kini hanya duka
Bersulamkan pasrah
Titis airmata
Tak lagi bererti
Namun di hatiku
Terukir namamu
Menjadi memori kekalnya abadi

Moo Moo : " Need a lift ??? "Posted by Picasa

Birdie : "Hey...What are Ya watching ???" Posted by Picasa

Thursday, February 02, 2006

BOSAN !!!

Bosan.....
bosan mengeluh
dan mendengar keluhan
bosan menangis
dan mendengar tangisan
Aku BOSAN !!!

Aduh....
merah mata menangis semalaman
pedih hati menahan kesedihan
Bosan lagi ......... merawat luka sendirian

Bosan .....
diubat dengan nyanyian
diluput dengan tarian
disirna dengan MENGINGATI TUHAN !!!
Ketawa kembali ....... kerana JanjiNYA aku kenangkan.

Neraka Dunia

Bila tiada suara riang yang ku dengar
cuma teriakan halilintar
guruh berbunyi bergema di segenap ruang
Singa mengaum menaikkan berang

Bila kaki melangkah masuk
terasa berbahang
dek panas nya jiwa berapi, dirasuk
semarak dgn nafsu amarah... terbayang
BUKAN kah ini NERAKA DUNIA ???
merosak hati dan jiwa.....tiada kan tenang