Saturday, February 25, 2006

Mimpi

Kerana mimpi
sebuah tangisan memecah sunyi malam
tidak mahu tidur
kerana takut ia menjadi kenyataan

Sebuah mimpi
yang menganggu ketenangan
memberi gambaran betapa sukarnya
sianak hendak melepaskan

Bagaimana hendak ku terangkan
bukan hak aku untuk menentukan
bila saatnya aku dipanggil pulang
bila waktunya malaikalmaut itu datang

Seandainya mimpi itu benar, ketahuilah anak
ibu amat menyayangimu
jadilah anak-anak yang soleh
ingatlah ALLAH selalu

ibu sentiasa di dalam hatimu
selagi kamu ingat
janganlah kamu putus semangat

hiduplah dalam ceria
kerana ibu tidak mahu kamu menderita
dan janganlah kamu biarkan ibu disiksa
kerana dosa-dosa ibu yang tidak kamu ampuni.
redhakanlah ibu pergi .......

No comments: