Friday, November 03, 2006

Zalim

Aku wanita zalim
menzalimi diri sendiri
dengan dosa-dosa yang tiada henti
ku lakukan dalam terang
pada zahir

Dan aku lebih zalim
dengan dosa-dosa yang tersembunyi
dalam hati

Aku mohon ampun pada TUHAN
mohon maaf pada manusia
tidak juga mampu
membasuh segala dosa
mensucikan diri ... zahir dan bathin

Ingin membawa diri
jauh .....
biar jauh ke hujung dunia
sendiri
mengabdikan diri
hanya padaNYA

Biar ku tinggalkan semua
berbahagialah mereka
tanpaku
wanita yang zalim

Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua orang sahabat baikku yang sering menjadi tempatku mengadu. Ku pohon maaf juga dari kalian berdua kerana sering menganggu dengan masalahku yg entah apa-apa. Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.
Hanya ALLAH swt yg boleh membalas jasa kalian. Terma kasih

No comments: