Thursday, November 30, 2006

Begitulah Aku ....

Begitu aku merajuk
kamu datang memujuk
begitu aku menjauh
kamu menyapa sayup
begitu aku diam
kamu memberi salam
berdosalah kiranya aku tidak menyahut
sedang hatiku sayu ..............
kerana begitulah aku
kamu perbuat

Dan begitulah aku
kerana kasihku
kembali berbicara
mengadu seribu cerita
kembali mengusik
tertawa, ceria ....
hati ini seperti tidak pernah terusik
sememangnya !!!
begitulah aku ............

3 comments:

Anonymous said...

Saya pun senang merajuk. Tapi bila sudah terbujuk boleh tertawa lagi.. Tak tahan pun nak merajuk lama2 :D
Good to hear that u are happy visiting my blog :)

InaOK said...

Sebenarnya saya juga amat mudah dipujuk ....
tell me a joke or
offer me an ice-cream or chocolates
tak perlu yg mahal, yg 10 sen sebatang pun boleh, asal aiskrim atau chocolate
terus tak jadi merajuk ... HeHeHe

But my frens wud choose to tell me a joke coz that brings cheers all round, lagipun tak perlu keluar duit ... ;)

Yup ... saya semakin ceria setelah melawat blog Ria :) Terima kasih

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.