Tuesday, October 03, 2006

Cinta Ramadhan

Dalam Ramadhan ini
hati yang beku mula mencair
cinta kembali mengalir
dengan izin dariNYA

Namun aku mohon tetap di sini
tidak mahu keluar lagi
dari kubu kasihMU ini
di sini aku pelajari
cinta hakiki yang abadi, suci

Biar cinta yang KAU ajar ini
tetap milikMU
terukir keranaMU
aku tidak perlukan cinta manusia
yang hanya membawa luka ....
cukuplah ALLAH, bagiku !!!

No comments: