Thursday, June 29, 2006

Janjiku !!!

Aku pernah berjanji
menjadi bintang di langit tinggi
walau tidak kelihatan
akan tetap menyinari
walau dilupakan
kekal setia di sini ..........
dan doaku akan terus mengiringi ..........

Aku masih ingat pada janji
tidak akan aku ingkari
kerana tidak mudah aku melupakan
teman-teman yg pernah menghulurkan tali persahabatan, silatulrahim
yang pernah mengucapkan kata-kata semangat penuh nasihat
menjadi kenangan abadi
buatku di sini ............

Aku berpegang pada janji
bersinar untuk kamu ............
semoga hidupmu ceria dan bahagia
dan ALLAH bersama kita sentiasa ...........

No comments: