Wednesday, April 12, 2006

Cinta ... mengikut Pandangan Saya

Agaknya ini musim cinta ye.....???
Macam lagu dangdut itu : "Bulan ini bulan cinta ...cinta ini cinta kita ...." yang buat saya terbahak-bahak ketawa dengan adik kerana terasa lucunya lagu itu .....
Nak bercinta pun kena ada bulan ke ...err...bulan September, boleh??? "Tak saesuai!!!"

Blogwalking/hopping/skipping membawa saya kepada blog-blog yang kebanyakkannya
mengutarakan isu cinta, samaada dalam puisi maupun dalam bentuk rencana. Dan saya jadi tukang tarik tali yang menarik mereka gedebuk ke bumi ..... Adoi !!!
HeHeHe....Maaf ya.
Sekian kali berdialog mengenai cinta.
Pada dasarnya, semua orang setuju bahawa cinta yang bermoral tidak bersandarkan pada lust(ingin dipeluk, dicium etc..etc), atau pada paras rupa atau kedudukan atau harta.
Cinta itu menyebabkan kita ingin membuat pasangan kita gembira, sihat, selamat, ceria...etc..etc. Ya..begitulah.

Yang selalu orang tidak faham dan tidak setuju ialah apabila saya katakan :
"Cinta yang bersih dan ikhlas mendapat restu dari ALLAH swt. Ia tidak mengharapkan balasan
kerana ia diserah kepada ALLAH swt yang akan menentukan bagaimana perjalanannya.
Yang penting, mengetahui orang yang dicintai itu bahagia ,
sudah cukup membuat kita merasa puas.
Maka tetaplah pengorbanan dan setialah percintaan"
Itu pendirian saya tentang Cinta.

Cinta ..apabila saya sanggup mati untuknya spt para sahabat RasulALLAH yang sanggup mati demi membela nyawa RasulALLAH.
Dan bila saya tidak lagi sanggup menyerah nyawa saya utk membela dirinya, saya tahu cinta saya telah tiada.
Kasih... apabila saya terus berada di sisinya walaupun tidak sampai menggadaikan nyawa, asal dia tidak merasa susah kerana kehilangan saya.
Dan kasih itu hilang pada saat saya meninggalkannya tanpa menoleh ke belakang.
Sayang...apabila saya merasa marah jika ada orang menyakiti hatinya spt RasulALLAH
yang marah apabila orang menyakiti Fatimah, " Sesiapa saja yang melukai hati Fatimah, juga melukai hatiku..."
Tentu saja RasulALLAH tidak cinta tapi sayang pada anaknya ....
Dan ketika saya tidak lagi peduli maka itu bermakna sayang itu telah pergi

Apapun, yang paling penting adalah gabungan cinta, kasih dan sayang yang membuat kita sentiasa mengawasi orang yang kita cintai, kasihi atau sayangi itu dan sentiasa mengingatkannya serta mendoakan agar dia tidak melakukan dosa kerana kita tidak sanggup melihat dia diseksa di akhirat kelak. Biarlah hendaknya, kita dapat melihat dia memasuki syurga...asal dapat melihat, walau tidak bersamanya....cukuplah.

2 comments:

Unggas Rimba said...

TQ for dropping by my blog yang baru nak bertapak.

Bulan cinta ke bulan nie?
Harap-harap mcm tu lah
Tapi dapatkah kita rasa kehangatannya kalau tak "dipeluk"?
getarannya kalau tak "disentuh"?
kehebatannya kalau diri sendiri tak dapat merasa kebahagian?

persoalan nie yg selalu bermain difikiran

Anonymous said...

Keep up the good work quit smoking support ontario Como registrar obras http://www.prescription-diet-pills-4.info/Bontril_prescription_information.html Anal gland blockage pets Microsoft sql server training course uk suzuki gsxr 600 exhaust bolt specification suzuki quv Nissan mufflers Military boot eee steel toe tan Femdom model suzuki atv frame suzuki scooter