Wednesday, April 19, 2006

Buruk Sangka

Adakalanya manusia itu buruk sangka pada perkara-perkara yang
amat membingungkan .... like Duh???

I) Panggilan telefon :
*********************
Petang tadi saya mendapat satu panggilan. Oleh kerana suami tidak ada di rumah si pemanggil meninggalkan no telefon supaya suami dapat menghubungi pejabat itu semula. Nama pegawai yang perlu dihubungi Cik sumthing-sumthing.
Saya bertanya, " Boleh saya tahu, ini atas urusan apa ?? "
Jawapan yang saya terima, dgn nada suara yg jelas sengaja dikawal,
"Saya tidak tahu atas urusan apa sebab saya cuma kerani saja di sini. Kalau Puan nak tahu Puan boleh hubungi Cik sumthing-sumthing sekarang."
Huh???
Fikirnya saya ini isteri cemburu, ingin tahu segala urusan suami.... Duh???
Aduhai...sedikit pun tidak.
Saya tanya sebab saya tahu perangai suami saya. Apabila saya sampaikan pesanan itu nanti , tentu banyak pula soalnya.
"Siapa telefon? , Kenapa telefon?, Pukul berapa telefon? etc...etc...etc..."
Hemm ........ gimana nih Ponder

II) Suara Bayi
**************
Sambil berjalan saya dan rakan berbual tentang bayi. Tiba-tiba kedengaran suara bayi menangis. Kami saling berpandangan lalu sama-sama ketawa.
Tak semena-mena, seorang Mak Cik , entah datang dari mana memarahi kami.
"Kenapa awak ketawakan dia ???"
Huh??? Huh? 2
Siapa pulak yang ketawakan dia. Kami tak perasan pun dia ada.
Dia = seorang Mak Cik yang obese yang kebetulan ada di situ. Tak kelakar pun !!!
Tapi sungguh, saya tak perasan pun dia ada.

Ada banyak perkara buruk berlaku kerana buruk sangka.
Bersihkanlah hati. Jauhkan daripada menuduh tanpa usul periksa walaupun dalam hati.
ALLAH yang Maha Mengetahui. Hanya DIA saja yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati.

No comments: