Saturday, February 04, 2006

Jokes & Songs

At a time when I'm depressed, jokes and songs always help me feel better.
And of course .. as a muslim....ngadu pada TUHAN helps a lot too !!!

Usah kau berpura
Di sebalik kata
Kerana ku tahu siapa diriku
Tak perlu merayu
Dengan pujukanmu
Biarkanlah saja semuanya pergi
Cukuplah sekali
Kau menghiris hati
Menghancurkan kasih
Yang lama terbina
Seandainya masih
Ada cinta lagi
Lupakan oh sayang
Hasrat dan perasaanmu

Rindu nan membara
Nyala dan membelai jiwa
Tiada berteman
Sepinya berpanjangan
Resah dan gelora
Jadi sahabat derita
Berakhirlah sandiwara
Kisah dusta dan dilema
Pintaku semoga kau sedar kesilapanmu

Kini hanya duka
Bersulamkan pasrah
Titis airmata
Tak lagi bererti
Namun di hatiku
Terukir namamu
Menjadi memori kekalnya abadi

4 comments:

zact73 said...

apa yang sedih sangatnya aok ni gini la cuba kita kenang nasib sedara mara kita di Palestin, Iran, Iraq, Pakistan, umat islam di Afrika, orang2 melayu di Sik Kedah, orang islam diAcheh lagi sedih paling koman pun cuba aok pikirkan nasib penternak ikan patin sangkar kat temerloh ada ke patut orang tuduh(termasuk MB) diaorang bagi makan babi rebus. Sori jika koi gagal memahami perasaan aok sepenuhnya apapun teruskan berlagu sendu jika itu yang kau mahu namun jangan lupa lagu-lagu gembira membuat kita mencecah awan seketika walaupun itu bukan realitinya. Terimakasih kerana sudi balas email. wassalam

Anonymous said...

ina,
meh kita berhijrah daripada kemuraman kepada keceriaan sempena maal hijrah ini. sekurang2nya jika org nampak kita hepi, mrk pun turut hepi (anak2 ler especially).kita ada pilihan utk sedih atau ceria. semoga thn baru ni membuatkan kita lebih baik drp thn lepas.

Inayah said...

Kesedihan bisa menerpa siapapun juga, dan kadang kesedihan yang dirasakan mungkin bukan sesuatu yang sedih dimata orang lain.
Namun memang ada saatnya diri kita pun membutuhkan air mata untuk meluapkan segala perasaan, kita butuh sedikit waktu untuk menangis diantara sekian peran yang harus kita mainkan.

Namun usahlah berlarut dalam kesedihan yang tak berhujung, tengoklah mereka yang mencinti kita, temukan kegembiraan kembali bersama mereka...

Apa kabarnya Kak?

InaOK said...

Terima kasih ...

Zact, memang saya selalu ingat pada mereka yg lebih malang..

Kak Sal...saya akan berhijrah kepada yg lebih baik, InsyaALLAH

Khabar baik Ina,semoga bertambah baik khabarnya nanti ...

And to all....YES!!!
Tidak akan berlarutan kesedihan ini ... InsyaALLAH
Semuanya DGN IZIN ALLAH !!!