Saturday, November 12, 2005

Tersentuh ???

Hati tersentuh
dek manis bicara
dek kata semangat
penuh nasihat ........
memberi ingat tentang kebesaranNYA

Hati tersentuh
dgn keperihatinan
ikhlas bertanya khabar
sentiasa memohon agar aku sadar
tentang dugaan dan ganjaran dari NYA

Aku mohon
dgn hati yg tersentuh
maafkan
ampunkan
dzahir dan batin
setiap bicara, setiap perilaku
yg tersembunyi maupun yg nyata
Aku insaf ......

Terima kasih
kerana membuat hatiku tersentuh
dan menghulur tangan
membina ukhuwah
bersama-sama kita melangkah
mencari keredhaanNYA