Aisyah memang selalu penuh dengan persoalan......
Soalan Cepumas I
*******************
Soalan ni ditanya sebelum Hari Raya, sewaktu dia melihat saya mengemas pakaian :
Aisyah : " Yeah...kita nak balik kampung ye, Bu?"
Saya : "Kita nak balik bandar , bukan nak balik kampung "
Aisyah : "Kenapa pulak ?"
Saya : "Sebab Kuala Lumpur tu bandar bukan kampung ....."
Aisyah : " Oh..."
Camlah dia paham apa itu kampung dan apa itu bandar
Aisyah : " Kita nak balik sebab nak Raya ye,Bu??"
Saya : " Yup.."
Aisyah : " Ibu...... Hantu pun Raya ye, Bu ??? "
Huh???
Hem... ini salah saya ...dia terdengar saya sebut perkataan "Hantu Raya" sebelum itu.
And I thot I was careful enuff.
Soalan Cepumas II
******************
Soalan ini dia tanya pada satu hari, semasa saya sedang mengeringkan rambut
A : " Ibu, cam mana ibu buat rambut ibu kerinting? "
I : " Rambut Ibu memang ikal sejak lahir .."
A : " Boleh tak ibu lahirkan Ichah semula, bagi rambut Ichah kerinting cam rambut Ibu ... ??"
I : " Cam mana kalau Ichah masuk balik dlm 'perut' Ibu, pas tu tak keluar keluar ???
A : " Huh ??? "
Kami ketawa berdekah dekah .......
Tak mungkin saya sanggup 'kehilangan' Aisyah & tak mungkin Aisyah sanggup kehilangan Ibu
Soalan Cepumas III
******************
A : " Ibu.... hari ni birthday Ichah ??"
I : " Lambat lagi kan....."
A : " Boleh tak Ichah nak Barbie Doll?? "
I : " Ichah dah banyak Barbie Doll ...tahun ni kita beli buku cerita je la .... Lagi pun tahun depan
Ichah dah nak sekolah "
Aisyah menghilang sekejap ...kemudian dia datang balik ...
A : " Ibu, Aisyah dah sembahyang ..pas tu Aisyah doa mintak dapat 5 A, dapat hadiah duit,
boleh beli Barbie Doll "
I : Huh ???
Nak dapat 5A utk beli Barbie Doll ???
Say that again Aisyah ???
Oh !! Well ...she's still got a long way to go.
No comments:
Post a Comment