Wednesday, November 23, 2005


Sahabat karib

Tak tahu bagaimanakah penghujungnya persahabatan ini???
Menjadi sahabat karib sejak Tahun 1 di SKPJ, Pekan. Sama -sama berjaya mendapat 5A UPSR baru-baru ini. Amirul mohon ke MRSM dan Shuib mohon ke Maahad Tahfiz Pekan.
Berpanjangankah persahabatan mereka ???
Atas izin dan restu ALLAH swt. semoga berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Pernah cuba dipisahkan, dua-dua jadik moody lalu cikgu satukan mereka semula.
Boleh terpisah, cik gu beri kumpulan belajar yg berlainan .. tapi sebenarnya
mereka duk kongsi maklumat .... HeHe..... itu yg orang lain tak leh nak ikut.
Dan sikap itulah yg membantu mereka berjaya.
Pernah juga bergaduh....balik sekolah, Shuib merungut pasal sahabat karibnya itu.
Tapi..... tiba pukul 5.00 ptg, dah bergantung kat telefon. Huh??
"Telefon siapa tu ??"
"Amirul...." selamba je dia jawab .. dah lupa pasal rungutan tgh hari tadi.
Itulah dua orang sahabat yg bakal membawa haluan masing-masing setelah berjaya dan bersama menempuh alam kanak-kanak.
Saya doakan kedua-duanya berjaya dunia akhirat.
Sebagaimana saya mendoakan restu ALLAH swt dalam persahabatan saya dgn sahabat-sahabat yg paling saya ingat dan saya harapkan persahabatan kami berkekalan ke akhir hayat, begitu jugalah saya harapkan buat mereka..... insyaALLAH

No comments: