Tuesday, October 25, 2005

Syawal

Syawal .....
kedatangan Syawal memang sangat dinantikan oleh anak-anak.
tapi tidak bagi saya, telah beberapa tahun begitu ..........
Syawal tidak lagi menyeronokkan bagi saya.
Tapi acaranya tetap saya penuhi demi anak-anak.
Yang paling mereka suka adalah acara bergambar sebab semua ahli keluarga ada
Keluarga suami memang sebuah keluarga yang besar, 11 orang adik beradik
tapi 2 org telah meninggal, Salleh sewaktu masih kecil sekitar 10 bulan
dan Ibrahim pada umur 27 tahun kerana kemalangan jalanraya.
Semuanya telah berkahwin jadi bayangkan bagaimana riuhnya keadaan .....
seronok melihat keletah anak-anak, apa lagi masing-masing ada grup yang sebaya
tapi di situlah sahaja seronoknya beraya............
selebihnya jadi acara peragaan.
Saya bosan begitu ............. tak boleh ke kalau isu baju siapa paling mahal, paling trendy
paling glam, paling ........ itu ditinggalkan saja.
Saya lebih suka pergi ziarah walau dgn baju yg entah berapa kali Raya saya pakai,
saya cuma ingin ziarah kerana kalau tidak Hari Raya memang tak ada peluang nak jumpa.

Dan Syawal tahun ini, airmata saya bertambah lagi .............

*********************

Syawal
hari gemilang tanda kemenangan
setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
benarkah berjaya mengekang nafsu
atau keimanan masih di tahap itu

Perlukah Syawal dirai
bagai juara mendapat piala
kembali nafsu memujuk ke ranjau penuh dosa
tiada batas mendabik dada
Akulah yang paling berjaya
dengan hiasan peragaan dunia
paling cantik, paling mahal, paling mengikut peredaran masa

Meraikan Syawal
di sudut itu, seorang hamba
merasa diri terhina, kerdil dan menjeruk rasa
kerana diri terpinggir dek arus dunia
kesibukan manusia mengejar harta
lupakah pada dia???

Dan Syawalku
hanya membawa airmata
tiada terlihat dengan mata
mengalir dalam hati
kerana sentiasa aku menginsafi
diri kerdil di sisi illahi

2 comments:

Cherry said...

ina i tau you tak suka pasal baju raya, tapi kan kite nak cerite ni, tahun ni entah angin apa, i've 3 NEW BAJU RAYA ! Tak pernah seumur hidupku 37 tahun ada banyak tu baju raya, ish ish ish mengalahkan budak-budak. Bibi pun dapat baju raya+telekung raya. Ha ha ha ... bukannya apa, tapi kan sejak kerja MAS ni ramai office mate yg bershopping ke Vietnam. Itu yg dapat value for money baju tu. Rambang mata ku you !
Tapi kan memang betul, raye ni seronok berriuh rendah bersama-sama :)

InaOK said...

Sebenarnya, I tak kisah pasal baju raya, yg jadi masalah ialah bila ia jadi peragaan yg dibanding-bandingkan.....
Sbb antara ramai itu, ada org berada dan ada yg tak, so bila tiba episod banding-membanding, yg tak berada selalu rasa terpinggir & jauh hati.
So Hari Raya jadik hari terbinanya jurang