Dalam aku leka mencari permata ku yg hilang
aku tahu engkau baru sadar
diriku semakin jauh,
lalu engkau cuba menghampiri
cuba menunjukkan mesra,
mengusik dan bergurau senda..............
Ya...memang aku mampu ketawa
kerna sikapku memang begitu
memang aku suka berlawak jenaka........
Maaf ......
mesra tak mungkin seperti dulu
tidak seperti zaman gemilang,
mengapa baru sekarang
setelah permatamu hilang.............
Permata itu telah aku pulangkan
pada Tuan empunya badan
Maha Pencipta,
Maha Kuasa
semuanya aku serah kepada DIA
Maaf ........
aku tidak mampu menipu diri
kerna kamu terlalu lambat mencari.....
permatamu yang hilang........
1 comment:
duuuhhh sibuk betul anonymous ni. yes permata yang dah tak berapa gemilang memang memfeninkan kefala. tapi ingat permata banyak jenis, ada permata putih, biru, hijau dan pelbagai warna lagi.
Post a Comment